Saturday, February 26, 2011

Donut Mayo & Pengat Pisang Tanduk..

Dessert basah tekak hari ini.. lepas masak ..sejukkan dalam peti ais.. selepas tukeluarkan .. baca Bismillah...(hingga habis) .. dan makanlah sesudu demi sesudu...
pisang tanduk (saja potong begitu) + biji sago + gula + garam + santan kotak jer + daun pandan..
Kerja2 mendonat yg dah lepas sebenarnya .. buat sebelah petang.. bila dah malam anak2 mcm tak layan pulak.. geram betul.. akhirnya buatlah donut frozen.. tpi terlebih goreng pulak.. cuma taklah sampai rentung.. pagi2 sempat goreng, nak ambik gambo pagi2 mmg tak munasabah kan.. ada yg dpt kuliah free pulak nnti.. yg sempat potong2 kecil untuk bekal ke sekolah..Resepi asal oleh Ros Jintanmanis yang memang hebat dengan resepi berjenis2 roti dan saya CP dari dapur Mas Duniaku.. terima kasih Ros dan Mas..

Donat Mayo

Resepi asal : Ros Jintanmanis
Bahan :
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis - Ros guna mayonis jenama kimball
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
(gambar ambik kt sekolah .........)
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

10 comments:

Mas said...

sedapkan kak donut mayo ni....
pengat pisang tu...sedappnya...

ibuayu said...

panas-panas ni memang sedap makan pengat yang sejuk...
nampak menyelerekan

Nora Shahaira said...

pengat memang the best..

to kan kak, pe beza donut mayo dgn tanpa mayo..?

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. lama tak singgah jalan2 cari makan kat sini.. nampak menariknya pebgat akak tu .. tambah makan panas2

Chik Mimi said...

kak na nak pengat ,tp png susyah ler nak dapat pisang tanduk,erm sy suka ngan pisang raja

Unknown said...

Assalam kak..wah sedapnya pengat tu...org penang panggil serawa pisang tu...lama dh tak mkn...donut pun sedap gak tu.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Suka singgah cni, resipi di cni selalu mengingatkan kepada arwah umi. Lama tak makan pengat, kena buat jugala

Nadz Nazharzan said...

Salam kak..
Sedap pengat pisang tu..Naz suka pengat pisang..dapat pisang tanduk ni lagi best..

Syimama said...

sedap pengat tu... donat mayo, takpernah terfikir sebelum ni..kebetulan arini sy berdonat juga, donat keledak edisi sukahati, nasib baik ok.

AbbotCottage said...

Usahkan pengat pisang, donut punnn aku kebasssssssssssss...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin