Thursday, March 28, 2013

RAINBOW CAKES IN JAR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Projek cake in jar bersama my sis acu Zuwairuni @Homemade Chocolate .. untuk tetamu di majlis bacaan yassin perempuan dan tahlil sebelah malam  bagi meraikan majlis perkahwinan adik lelaki saya (24 Mac 2013).. projek bermula petang Jumaat 22 Mac n siap pada jam 12.30 mlm .. hampir 150 jar berjaya disiapkan.. waduhhh.. mmg penat tapi tetap mengembirakan..

 Untuk 1 adunan lebihkurang dapat  dibahagikan untuk 20 jar ( 3 in tinggi)..


suka dengan warna2 nya n kegebuan keknya..  saya guna kan resepi daripada Azie Kitchen.. memang saya suka mengendap n menyelongkar dapur Pn Azie ni..  di sini saya kongsikan resepinya  dan ucapan terima kasih kerana kesudian beliau berkongsi resepi dan semoga pahalanya terus berpanjangan ..

ada sedikit ubahsuai resepi ini.. bagi mengelakkan pembaziran saya guna kan telur saiz B dan saya masukkan kesemuanya iaitu putih n kuning telur. Untuk warna saya hanya menggunakan 3 warna sahaja.. hihihi.. tak bolehlah nak dipangil rainbow kan.. n saya hanya sudukan kan adunan ke dalam jar n sebelum membakar, saya bersihkan tumpahan2 adunan dengan tuala .. 

jika menggunakan jar 3'' tinggi dapatlah anggaran 20 jar ye.. untuk topping saya gunakan 1 kg  ''non diary whipped cream'..

Rainbow Cake In A Jar
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A/ saya guna 5 biji telur B putih n kuning
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu,biru, hijau, kuning, oren & merah/ saya guna 3 warna
Cara cara:
Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati. (saya masukkan telur sebiji  n sebiji hingga habis)
Masukkan adunan tepung bergilir gilir dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul ketul, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang 1/2 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Penuhkan hanya 1/2 jar sahaja. Pastikan setiap warna adalah sekata dan menyentuh keliling jar. 
Susun jar ke dalam loyang yang diisi dengan 1/2 inci air panas. Bakar pada 170C secara water bath selama 35 minit atau sehingga masak. 
Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing masing./ saya guna non diary wipped cream
Jika terlalu penuh, sudu keluarkan sedikit kek untuk dimasukkan frosting samada cheese cream atau butter cream dan untuk diletakkan penutup jar.

Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan 
Adunan ini mendapat 13 jar./anggaran 20 jar ( saiz jar 3 in tinggi)


 guna non diary whipped cream  untuk topping n hiasan ringkas



Wednesday, March 27, 2013

24 Mac 2013 MAJLIS PERNIKAHAN ADIK LELAKI

Selamat Pengantin baru untuk Oteh n Mokteh.. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.. ameen..

 Alhamdullillahh.. dengan sekali lafaz sahaja..

pemberiann..

yang manis-manis..
kami semua.. tanpa abah di sisi.. Alfatihah buat abah..

ole-ole buat tetamu yang datang ke rumah mak .. 'cake in jar' fresh from oven Inspirasiku.. nanti saya update resepinya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin