Saturday, September 29, 2012

PRATA PUFF

Asalammualaikum dan salam sejahtera... musim kentang murah.. kentang lebih murah dari keledek n keladi juga ubikayu.. so  layan lah kentang berharga 90 sen sekilo.. stok 3 kg kentang.. hampir sekilo saya buat inti , lebihan inti saya sejukbeku.. esok lusa adalah menu popia @ samosa kegilaan en hb tu lagi.. 

 Menu mudah jugak.. beli jer plain prata segera. Saya beli jenama KAWAN.. tu jer yang ada.. memang dah lama tak buat prata puff ni.. so sekali2 buat mmg best.. 

PRATA PUFF
(10 keping)

Bahan
Sebungkus plain prata segera ( 5 keping)
Inti ikut selera.

Cara2.
1. Nyahbeku prata n potong 2 bahagian (jgn buka lapik  plastik atas n bawah prata tu)
2. Buang plastik lapik dibahagian atas n letakan inti kegemaran
3. Tutupkan prata spt gmbr 3.
4. Buka plastik lapik bawah n tekan keliling prata dengan garfu. Susun atas loyang yang telah disapu margerin.
5. Kelarkan atas permukaan prata n sapukan kuning telur.
6. bakar pada suhu 180C selama 40 minit.



Sunday, September 23, 2012

POPIA ALA SAMOSA INTI KENTANG

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ahad yang panjangggggg.... biasanya setiap ahad kami sekeluarga berada di lebuh raya .. kebetulan semalam hari persekolahan ganti, tak dapat lah nak memanjangkan langkah.. jadi minggu depan saja saya sekeluarga berkampung lagi di shah alam tanpa jemu.. hahahaha.. rasa nak membebel panjang kat sini pula.. so layan cerita volume ku telah rosak...

Rasa ringan betul kepala bila kerja2 menanda skrip jawapan pelajar2 telah siap.. rasa tak sabar pula nak bersekolah esok untuk membebel kaw2 punya sambil memulangkan skrip2 jawapan ini.. bersiap sedialah wahai pelajar2 kesayanganku.. memang boleh menanah telinga sesiapa yang mendengarnya.. teringat kata2 seorang rakan guru yang telah berpindah ' kak zana guna ilmu ape eh.. budak2 tu tak berdetik langsung bila akak mengajar'.. hihihihi.. kalau dah suara macam petir memang nahas la kalau buat tu keje lain ye.. tpi itu dulu la.. skrg ada sikit2 lagi.. hihihi.. ye ke.. kalau nak test mai masuk kelas ai la.. kata kak Gi my BFF kalau zana mengajar kat atas.. kt bawah (bilik guru) boleh dengar sebijik2 apa yg zana ajar.. keluk DD/keluk SS la..hari2 mesti ada perkataan tu.. tu la... yg dlm kelas tak dengar yg luar kelas pulak dengar.. kkdg rasa malu jugak.. almaklum volume ni mcm tak boleh nak dilaras lagi.. kkdg bebisik pun org keliling boleh dengar.. baik tak yah berbisik kan.. ckp jer asal tak myakitkan hati org lain.. ttpi selalunya klau bbisik msti ada cete tak sedap kan.. hahahaha.. kalau kt supermarket syamira kata 'ibu cubalah perlahan sikit' satu floor boleh dengar... n selalu gak org tanya ' akak ni cikgu ke?'.. kalau kt umah emak saya berdua dgn adik juga seorang guru .. pun dah cukup riuh rendah terjerit2 megarah itu dan ini.. mcm dalam kelas.. pada hal 2- 3 org jer .. tambah2 pulak dengan adik yg bongsu tu.. pun boleh tahan volume nya.. aduh.. pjg pulak cete.. terima kasih lovely hb yang kemaskan rumah dari depan hingga ke pangkal dapur... kita tolong sikit2 jer.. hihihi.. 

Ok lah.. layan lah menu yang dah lepas ni.. rasa nak buat kek kukus lapis bumi .. tpi ngeri pulak takut kehabisan gas.. nanti tunggu pasang gas baru la.. hari ini tak masak pun.. malas.. jap lagi nak keluar makan n ke BP Mall .. cuci mata.. sambil pegang2 n letak..

resepi n cara  ada kat SINI



Tuesday, September 18, 2012

KEK MARBLE

Salam Sejahtera... macam rajin pulak nak mengemaskini blog ni.. hari ini cuaca diluar sangat panas.. rasa dah bergelas2 meneguk air masak... tengah musim peperiksaan  percubaan ni rasa mengantuk bila mengawas dalam cuaca begini.. bbdk pun ramai yg dah terlepik atas meja..  mood nak menanda skrip pun tak de.. klau tak last minute mmg tak menjadi.. 

tengahari saya makan buah n kunyah biskut jer kerana jam 10 pagi tadi dah makan nasi di kantin. lepas makan sempat membungkus 3 potong ikan tenggiri masak kari.. belum bsentuh lagi.. jap lagi nak goreng ikan masin sepat jer.. potong2 timun lepaslah makan mlm hari ini (mkn ptg).. lepas makan nanti harap2 ada mood menanda kertas2 jawapan bbdk ni..

Kek  hujung minggu.. buat sambil masak2 utk sarapan pagi.. ada org yg mengidam sangat nak makan kek panas2.. so layan jer resepi lama2 mak kita.. saya guna marjerin coz nak rasa nostalgia mkn kek lama2 ni..

KEK MARBLE
Bahan2
250 gm margerin
250 gm gula castor
5 biji telur
240 gm tepung naik sendiri di ayak..( tpg gandum + 2sk baking power pun boleh...)
2 sb susu pekat
2 sb koko
pewarna ikut suka/plain pun tak pe
Cara
1. Pukul butter n gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu, masukkan susu.
2. Masukkan tepung n gaul rata ( guna mixer jer)
3. Panaskan oven 180C selama 10 minit.
3. Bahagikan 2 adunan - 1 bhg letak koko n 1 bhg warna ikut suka
4. Alaskan loyang kek.  Sudukan 2 sb setiap bhg berselang seli.. buat hingga habis
5. Bakar selama 45 minit.




Monday, September 17, 2012

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Salam sejahtera... berdessert dengan agar2 milo n oreo.. bagi pengemar coklat, harus mencuba resepi along ni.. saya copy paste resepi dari dapur Along.. ada juga versi bahasa melayu yer.. boleh lihat di sini. Terima kasih Along.

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
By: Roz@HomeKreation
Makes: 8" square
INGREDIENTS:
1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
750ml Water
160g Sugar
1 can (400g) Evaporated Milk
3/4 cup Milo Powder
1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together 

METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved.
Add in milk, stir well & off fire once boiled.

2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1cup of Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire.
Let it set slightly on surface before pouring another layer.
Pour the plain mixture on top.
Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface.
Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If happened, scratch surface with fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.


Friday, September 14, 2012

KEK KUKUS BUAH

Salam Sejahtera buat semua.... syawal dah hampir ke penghujung.. tpi rombongan cik kiah masih terus meneruskan misi.. dari kujungan barahan bertukar menjadi kunjungan muhibah.. hahahaha.. memang dipenghujung camni berselera betul bila buat makan2.. angka 61.7 kalau boleh maintain hendaknya.. kalau boleh kurang pun amatlah dialu-alukan..  mengukus kek 3 jam setengah mmg mguji kesabaran.. 1/2 jam lagi nak cukup 4 jam pun tak leh nak tunggu.. hihihi.. tapi hasilnya tetap sangat memuaskan.. yang penting saya dah jumpa resepi kek kukus yang sangat memenuhi selera saya.. bagi sesiapa yang mengemari kek kukus yang lembab bolehlah mencubanya.. nak buatnya pun sangat mudah.. saya guna senduk kayu n wisk sahaja.. 
Terima kasih Shiela di Spices Journey dan pemilik resepi Notes Kamilia Ibrahim Kak Uteh atas perkongsian resepi kek ini. RESEPI boleh lihat DI SINI..  



Monday, September 10, 2012

FRAMBOZEN KENARI


Asalamualaikum dan salam sejahtera.. updated biskut raya.. teringin nak buat  n nak makan jugak.. .. buat semasa di penghujung ramadhan hari tu.. dalam penat2 besekolah tu.. sempat mengendap ke kedai bakery (red star) membeli loyang yang siap 'cutter'.. huuuuu... susahnya nak memasang cutter tu...  terima kasih Kak zu Semanis Gula n Azlita Masam Manis atas resepi n tips yang diberi.
  
FRAMBOZEN KENARI
Bahan-bahan
A
250 gm tepung gandum/redrose
110 gm gula icing
110 gm serbuk badam/ground almond
195 gm butter
1 biji telur kuning
80 gm susu tepung

B
TOPPING
TENGAH...jem blackcurrant secukupnye
TABURAN....almond flakes  

C
ROYAL ICING
60  gm putih telo
80  gm gula castor
2 tbsp tepung jagung
* Putar putih telur dan gula hingge menjadi meringue.Masukkan tepung jagung, kacau dengan kaedah kaup balik.

CARA-CARA
1. Putar butter dan gula icing, masukkan kuning telur, masukkan tepung, susu tepung dan serbuk badam. Jadikan doh ( jike adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit )
2. Lapik tray 12x12x2 dengan kertas ( 1 adunan ini cukup untuk 1 tray )
3. Letak adunan dan tekan padat.Cucuk dengan garpu dan tekan adunan dengan CUTTER , bakar lah biskut hingge masak lebih kurang 30 minit pade suhu 170 c.
4. Bile dah masak angkat CUTTER dan sapu jem serta royal icing dan pasang semula CUTTER tersebut. Barulah di susun badam flakes YNG TELAH DIPANGGANG
5. Bakar lagi selame 20 minit.  ( tambah lagi mase membakar 1 jam pade suhu 100 C untuk mengeraskan royal icing )
6. Terus membuke CUTTER dan biarkan biskut sejuk dahulu baru lah di angkat.



Saturday, September 8, 2012

EXOTIC KIWI DRINK

Salam sejahtera... projek   trial n error  untuk Aimman... mencubanya semasa cuti panjang hari raya tempohari.. sepatutnya greenberry exotic.. terpaksa bertukar kepada kiwi exotic setelah puas merandah supermarket mencari jus greenberry..

Bahan-bahannya 
Kordial Kiwi,
Sunquick,
Sirap Gula
Nata de Coco
Biji Selasih - rendam dahulu
Kiub ais 

Cara2
1. Masukkan kiub ais, gula sirap dan ais sunquik dan nata de coca
2. masukkan air  kiwi dengan perlahan. ( coz nak dapatkan lapisan warna kuning hijau tu)
3.Akhir sekali masukkan biji selasih. Siap..



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin