Tuesday, October 25, 2011

SAMOSA INTI KENTANG

Tiba-tiba terasa nak makan samosa.. kalau beli selalu tak berkenan kat intinya.. bila buat sendiri dapatlah buat inti mengikut citarasa sendiri.. boleh letak ektra sana sini kan..
SAMOSA INTI KENTANG
(by: Inspirasiku)

Bahan2nya
Kulit popia secukupnya.
Sedikit air utk melekatkan kulit popia/guna putih telur pun boleh..

4 biji kentang potong dadu
200 gm ayam kisar
*1/2 biji bawang besar kuning potong dadu
*2 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 2sb air
Daun sup - hiris halus
garam dan gula secukup rasa
M
inyak untuk menumis & mengoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda* . Masukkan pes kari, dan sedikit air.Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.
  • Untuk membuat kelongsong samosa, Kulit popia potong kepada 2 bahagian dan sambungkan/gunakan air sbgai bahan pelekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

9 comments:

nuwairani ismail said...

samosa ni memang sedap. lebih2 lagi kalau dapat makan yang panas2. kalau beli sendiri, memang mahal. buat sendiri baru puas hati. modal x banyak mana pon. nak kene rajin sikit jela.

Amie said...

sedapnya samosa... suka makan tapi tak suka buat, kalau beli tak puas makan pulak...ada lagi tak, tapau 2 ketul ye...

CitarasaKu said...

terasa nak makan samosa pulak...lama tak merasa..hihi lihat zana buat samosa teringin lah pulak

Mamasya said...

Sedapnya samosa buat minum ptg.buat sendiri puas hatikan letak inti ikut kita nak...byk dpt..puas mkn sekeluarga.
tat telur kat bawah tupun nampak sedap...

inahar ali said...

salam cikgu..cantiknye samosa tu..resipi cenggini mmg mudah tp yg maleh nye bila nk melipat kulit tuh selalu harubiru buruk rupanye..hehe!!

Juwita Jamaludin said...

Salam kak..sedapnya samosa.. suka la.. lama tak buat apa tah lagi makan.. nak seketui kak

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Zana..
Kak, sukanya samosa. Sedap makan lepas goreng sementara kulit nya tu masih rangup kan..

blogresipi.com said...

Saya pernah buat guna filo doh kak. Boleh tahan rasanya. Sini takde jual kulit popia :)

☮Sara Hznr ☮ said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin