Sunday, October 2, 2011

AYAM GORENG OATS

Tgok kt dapur Mas Duniaku hari tu.. mmg terus berkenan.. coz bahan2nya ada dalam stok n yg penting tak ambil masa yg lama utk myediakan.. TQ mas berkongsi resepi.. akk CP resepi mas ye..

Ayam Goreng Oats
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit garam
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur - dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar.
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu.....
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.


9 comments:

rahel said...

Waa...sedapnye ayam goreng oat...eii mesti rangup ni kan..hehe.

nuwairani ismail said...

best tak? best tak? boleh pulak tanya kan..mesti la sedap...sebab nani tak penah try buat pulak guna oats ni. selalunya kalau oats tu agak2 lama sikit, cara nak habiskannya buat cookies je.pasni boleh cuba resepi ni.

Mas said...

maceh kak sudi mencuba...
sedappkan ayam goreng oats tu..
anak2 mas ratah jerk hari tu..he3
wahh...sedapppppnya tengok ayam oats akak tu...

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya tgk ayam goreng oats nie.. belum perna buat lg.. nnt nak juga buat.. :)

Juwita Jamaludin said...

menarinya nampak kak.. rasa nak ambil je satu

Ayu said...

Assalam cikgu,
ayam oats ni kita belum pernah cuba lagi..tengok gamabar kat bawah tu ayamnya nampak sedap sangat bolehlah masuk list ni cikgu..thanks for the wishes untuk hasif tu ya..

Sue @ Nenie said...

Salam..Sedapnya dapat ratah ayam goreng dengan sos....

kzai said...

zana..mcmana result blood test aritu?..ok dak...sedapnya ayam grg oats..terasa kerangupan nya

N.U.R.U.L said...

boleh tak kalau masuk oven bakar jer? boleh kurang2 kan kalori kan...hmm nanti nak try wat version dalam oven kan...hehehe sedap kan??

nak kasi award..nanti amik kat blog nurul yer http://momwithapron.blogspot.com/ if ada kelapangan & if belum ada org yang dulu kasi :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin