Sunday, October 23, 2011

TART TELUR

Dah lama simpan resepi ni dalam folder buku resepi .. bila cari2 balik dari blog nur nak di 'link' tak jumpa pulak resepinya.. satu lagi resepi pilihan utk membuat tart telur.. terima kasih nur my little kitchen..

Egg Tart Nur dari my little kitchen
(Copypaste : NURMy Little Kitchen)
Bahan Pastri
125 gm mentega sejuk
60 gm gula aising
1/2 biji telur putih
1 biji kuning telur
200 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence

Bahan Untuk Telur Custard
280 gm fresh milk
160 gm sugar
3 biji telur
1/2 sudu kecil vanilla essence

Cara-Cara
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga rata.
2. Masukkan putih dan kuning telur, kacau rata.
3. Masukkan vanilla essence, kemudian masukkan tepung, gaul rata hingga jadi doh. Biarkan 10 minit. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart sambil ditekan dan kemaskan.
4. Bakar doh tart separuh masak.
5. Untuk membuat egg custard, panaskan gula dan susu. Apabila telah gula telah hancur, matikan api.
6. Pukuk telur dan masukkan kedalam bancuhan susu tadi. Di kacau sebentar saja.
7. Masukkan perisa vanilla essence.


6 comments:

cik cek said...

Memang fav kak cek...selalu gak buat tapi kak cek guna pastry puff...jadila portugese egg tart...:D

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cantik,macam beli kat kedai.

Nieza said...

assalam kak, sedapnya tgk tart ni!! nieza suka ni tapi tak pernah buat lagi..nak cuba jugalah nanti:)

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. selalu juga nampak resepi ni .. nak try takut bau telur .. saya dah la tak suka bau tlur.. sedap ye kak

Nur-nba said...

Salam. Wah sedapnya egg tart.. Selamat bercuti kak Dzana...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Zana..
Emm akak suka buat tart telur eh? Naz tgk bnyk kali gak akak dah buat tart telur ni. Naz pernah buat sekali jer dulu.. Cantik jadinya tart akak ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin