Friday, May 31, 2013

GST mengantikan SST

[GST4.jpg] 

Lari daripada topik masak2 .. membaca menambah pengetahuan.. bercakap tanpa ilmu akan menyerlahkan  ketidakpandaian.. 

Apa itu GST
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimportmelainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-

1. Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.
2. Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-
1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.
2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayursayuran,
ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 1.
Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

Apakah perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2 dan Jadual 3.

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-
1. membuat perbandingan harga sebelum berbelanja;
2. sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna;
3. melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna; dan
4. berbelanja secara berhemah.
 
Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai penggunaan pada masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu membayar cukai penggunaan apabila GST dilaksanakan.
Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.
Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada 4%,beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.
Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%. Berdasarkan kajian tersebut, GST yang dikenakan pada kadar 4% akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu:-
1.  pelbagai barangan dan perkhidmatan;
2.  restoran dan hotel;
3. komunikasi;
4. pengangkutan;
5. hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;
6. perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;
7. pakaian dan kasut; dan
8. minuman alkohol dan tembakau.

Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar)
Barang Makanan(Foodstuff). 
1.Beras & padi – semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang dan beras hancur
2.Gula – semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising
3.Tepung – tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar, tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dansepertinya
4.Minyak masak – semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun
5.Garam – garam makan termasuk garam bukit
6.Sayuran – semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato, bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu, jagung dan dal
7.Rempah ratus – termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam jawa, serbuk kari

Kategori Deskripsi Binatang hidup, daging binatang dan organ dalaman binatang
8. lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik
9. Ikan dan isi ikan – semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan 
11. semua jenis isi ikan yang di proses (segar, jeruk atau kering) kecuali sirip yu
12.Kerang – termasuk udang kara, ketam dan udang
13.Molluscs – termasuk sotong, siput
14.Telur burung – ayam dan itik
15.Lain-lain – anak ayam, anak lembu, anak khinzir and jejari ikan kecuali benih sayur. 
16.Elektrik – bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH yang pertama
17.Bekalan air – bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised waterdan air mineral
18. Barangan yang dibekal di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan – barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta skim tersebut
19.Kawasan Yang Ditetapkan – bekalan barang ke Kawasan Yang Ditetapkan (Langkawi, Labuan dan Tioman)
20.Eksport – semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan dan lapangan terbang
21.Deemed export– barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di luar pelabuhan dan lapangan terbang dan barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah skim Skim Pengilang Tol Diluluskan 
22. Ship stores – semua jenis barang untuk tujuan ship stores/ – semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang digunakan di dalam pelayaran dan penerbangan

Jadual 2: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan)
Kategori Pengangkutan penumpang (tempatan) 
1. Pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)
– kapal, bot dan feri
– bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan bas feeder
– teksi dan kereta sewa
- perkhidmatan ambulan
2. Perkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta
3. Perkhidmatan pendidikan
– aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan swasta
– kantin di sekolah rendah dan menengah
4.Bekalan tanah dan rumah kediaman
– pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
– jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos rendah dan sederhana
– jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
– tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan Kerajaan atau tanah kubur
5. Bekalan emas
– Bekalan emas untuk tujuan pelaburan
– Bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan
6.Perkhidmatan kewangan
a. Bank
– pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman, pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit
– pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan
b.Syarikat insuran – premium insuran nyawa dan keluarga
c. Firma Broker Saham – penjualan semula ‘share buy back programme’

Jadual 3: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar)
1. Eksport
 – perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa
- pembaikan yang terletak diluar Malaysia
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport
– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia
– perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ
2. Pengangkutanantarabangsa dan ancillary services
– pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
– ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding
3. Kawasan Ditetapkan – perkhidmatan dibekalkan ke Kawasan Ditetapkan
4. Perkhidmatan pelabuhan dan lapangan terbang
– perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan
5.Telekomunikasi 
– perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar Malaysia
– perkhidmatan roaming antarabangsa
6.Agen Skim Bayar Balik Pelancong – perkhidmatan yang disediakan oleh agen Skim Bayar Balik Pelancong
7. Perkhidmatan yang di sediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan dll
– kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan, kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka

* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

Friday, May 3, 2013

RED VELVET CAKE


Assalamualaikum dan salam Sejahtera...
Kek yang dah lama dalam senarai dan dah terkeluar dari 'musim'..  bukan teringin nak makan tapi teringin nak buat.. bila dah buat baru lah rasa puas n kononya hilanglah stress berkerja tu.. resepi saya copypaste dari DUNIA DAPUR KAMA.. terima kasih pemilik resepi asal n juga kama yg telah memanjang2kan resepi ini..

KEK RED VELVET

Sumber : Kak Nor (AnNurBeauty)
Bahan2 :

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

#Cara membuat buttermilk
Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

Cara membuat kek :
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.

 Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin