Wednesday, September 28, 2011

BLOOD TEST again....

huuuu... September... bulan yg betul2 telah mengurangkan pergerakan ku.. ada juga yg perasan aku 'macam banyak termenung', 'tidak ceria' n 'kurang memberi respon'... walaupun sebenarnya aku cuba memberi keceriaan dan keriuhan spt dulu2................. mood tunggu result....

Monday, September 19, 2011

KEK LAPIS BUMI

No Komen... kek ini memang sedap banget..projek Ahad semalam.. pertama kali mencuba dah hasilnya tidak mengecewakan. Pertama kali juga memecah 10 biji telur utk mgadun kek ni.. berdebar jugak u .. pertama teringat2 kes memecah telur busuk hari tu (sila jgn short cut) .. n ke 2 klau lah tak menjadi.. saya gandakan 2 adunan utk resepi kek kerana saiz loyang saya 10" x 10".. Terima kasih Hasue berkongsi resepi.. akk CP resepi hasue di sini..


KEK LAPIS BUMI
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)
  • 220g Mentega
  • 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
  • 110g /1 Gelas tepung gandum
  • 5 Biji telur
  • 150g seri kaya
  • 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
  • 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
  • 1/2 penutup botol esen vanilla
  • Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan)
  6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata
Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus)
  1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
  2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe
  3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.

Saturday, September 17, 2011

KEK BATIK CREAM CRACKERS

Projek kecah2 dapur semalam.. mmg dah lama tak buat kek batik ni.. selalu guna biskut mery. kali ni mencuba resepi kek batik CC di dapur cik adik manis kita.. Diana @ Melly Mei.. saya suke mengintai n selongkar2 gobok resepi Diana ni.. selain pic keknya sangat menarik , terdapat pelbagai jenis resepi kek yang tentu sedap2 belaka.. terima kasih Diana kerana sudi berkongsi resepi.. akk minta izin CP resepi di sini..

KEK BATIK CREAM CRAKERS
Sumber : Sky Blue's Kitchen
Bhn²
6 biji telur
250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan milo
1 1/2 cawan Nestle nestum original / saya guna 1 cwn oat segera (dikisar)
1 tin kecil susu pekat susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping )
Choc Rice secukupnya


Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan d dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga d buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong..

Tuesday, September 13, 2011

BISKUT KACANG MAZOLA

Terasa nak makan biskut yg baru kuar dari oven pulak.. merajin2 kan diri di petang ahad kelmarin.. resepi CP dari dapur Ika (ARAH) .. terima kasih ika .. juga tuan punya resepi Lilidvalley MYR..


BISKUT KACANG MAZOLA
Resepi Asal: KAK LILIDVALLEY MyR

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur>>Utk sapuan
  • Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!!

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Monday, September 12, 2011

Cendawan Goreng Tepung

Cendawan .. beli ntah bila.. kemas2 ujung minggu dlm petiais.. jumpa pulak.. klau nk tunggu next week mesti ke tong sampahlah cendawan ni..

CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan-bahan A
4 sb tepung gandum
4 sb tepung beras
1 sk tepung jagung
2 sk serbuk kari
sedikit serbuk lada putih
1 sk garam

Bahan B
Cendawan tiram secukupnya
1 biji telur

Cara-cara
1. Gaul semua bahan A hingga sebati.
2. Satukan bahan B dan gaul rata
3. Masukkan satu persatu bahan B dalam tepung(A) sehingga semua permukaan cendawan diselaputi tepung. Buatlah sehingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng lah cendawan sehingga kekuningan. Minyak hendaklah betul2 panas supaya cendawan tidak menyerap minyak.

ASAM PEDAS

Makan2 semalam.. asam pedas ikan merah(kepala)
Peria goreng..

Saturday, September 10, 2011

OREO CHEESE CAKE again!!

Cookies in Creamcheese @OCC yg sangat yummyyyyyyyyy....

Resepi CP daripada Tested & Tested.. pernah juga membuatnya sebelum ini.. kali ni mengadun 3 adunan utk makan2 di kelas 6a3 n 6a4.. n satu utk anak2 n tetamu yg beraya ke rumah.. TQ DG for sharing this recipes..

COOKIES N CREAM CHEESECAKE
Source : Cheesecake Seduction by Catherine Lau
CP : Tested & Tested
Ingredients:
Biscuit Base:
200 gr Oreo cookies
90 gr Melted butter

Cheese Filling:
500 gr Cream cheese, softened
110 gr Caster sugar
1 tsp Vanilla extract
10 gr Corn flour( i used 20 gm cornflour plus 1 tsp tpg gandum )
200 ml Whipping cream
3 Eggs, lightly beaten
100 gr Oreo cookies, chopped

Topping
Oreo Cookies for decoration (optional)

Method:
- For Biscuit base : Blend cookies until fine then mixed melted butter and mix thoroughly.
- Press into 8” round pan. Chill in the freezer to let it harden.
- Preheat oven to 150C
- For Filling : Beat cream cheese until smooth, add sugar, vanilla and corn flour, beat until smooth.
- Add whipping cream and blend until mixture thickens. Slowly pour in eggs and mix until just combined.
- Pour half the filling on the biscuit base. Add chopped oreo cookies on the filling. Pour remaining filling on cookies. Decorate few slices of cookies on top of the cake.
- Place pan in water bath. Bake for 1 hour or until filling is set but still soft in the centre.
- Turn oven off. Leave cake in oven for 30 minutes with door slightly open. Remove from the water bath and let it cool completely with the pan before refrigerate it.
- Cover cake and refrigerate for at least 6 hours before removing from pan.
- Slice and enjoy

Friday, September 9, 2011

REUNION X5A3(1983) SMDS ..

1 September 2011(Khamis)
1983..
Sambutan Hari Raya & Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar 5a3 1983 SMK Dato' Sulaiman, Pt Sulung telah berlansung di Balai Budaya Kg Separap pada hari raya ke 3 ( 1Sept 2011) jam 2.00 ptg . Selepas 28 tahun terpisah membawa haluan .. kami dapat berhimpun dalam suasana yang sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing2. Syukur Alhamdulillah .. perjalanan majlis yang telah dirancang sejak Januari dapat berjalan dengan lancar.. daripada 40 orang sekelas kini tinggal 38 orang ( 2 org rakan telah meninggal dunia) .. telah dapat dihubungi .. kepada semua 29 orang rakan-rakan bersama keluarga yg dapat hadir diucapkan terima kasih dan tahniah.. kepada yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain diharap pada suatu masa kita akan berjumpa.. Tahniah juga untuk Nizam yang telah bertungkus lumus mengumpul dan tak jemu2 menghubungi rakan2 .. utk AJK yang lain Razif, Norman, Jamal, Azaraie juga diucapkan terima kasih begitu juga Nuraha.. Akhir sekali Terima kasih untuk bekas guru kami Cikgu Md Kamarudin bin Husin(yg dapat hadir) dan semua guru2 yg pernah mendidik kami serta JKKK kg Separap atas kerjasama yg diebrikan sepanjang majlis ini berlangsung.. Saya beserta AJK memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tak dapat dilayan n tersinggung hati sepanjang majlis ini berlangsung..
cabutan bertuah!! .. mmg btuah kau fadzil
jamuan.. makan time

rindunya pada kau org semua.. tak puas berjumpa n bersembang... InsyaAllah panjang umur.. jumpa lagi.. Semua gambar adalah Ihsan dari Waknin Zaihan.. Terima kasih Waknin..

Thursday, September 8, 2011

APAM DOT DOT

Ngehngehngeh.. menjadi jugak menge'dot' hari ini.. hari ni rasa malas nk marking latihan2 ulangkaji .. beg sekolah pun tak bawa balik ke rmh.. boleh gitew.. wakaka.. puas jugak bergosip gasap kt BG hari ni .. esok boleh sambung gosip lagi sambil mengunyah apam dptdot ni..
disebalik langsir.. sepah2.. kali ni dah serik nk short cut-short cut ( tgok tu Alongroz) ...hihihi.. bukti pecah telur dlm mangkuk lain yer.. resepi saya CP dari dapur Alongroz.. TQ along sayang..

By: Roz@HomeKreation
Source (adapted from Steamed Coconut Blossoms): Rima
(Recipe retyped for ease of reference)
Makes 90 pcs
INGREDIENTS:
3 Cold Egg
250g Sugar
(HomeKreation: reduced to 200g)
10oz Softasilk/Superfine/Hong Kong Flour
2½ tsp Baking Powder
1 tbsp Ovalette
160g Coconut Cream/ i used fresh milk..
1 tsp Pandan Paste

FILLING (by HomeKreation):
100g Grated Coconut
3 tbsp Palm Sugar
2 tbsp Sugar
3 tbsp Water
1 tsp Cornflour
- Stir all in a small pot until well mixed. Cool before used.

METHOD:
1. Beat all the ingredients together until thick and fluffy.
2. Pipe batter into paper cup, half full.
Top up with ½ tsp coconut filling and cover with batter until almost full.
3. Steam for 15 mins with medium fire (big fire will cause it to blossom & spoil the dots).


aktiviti menge'dot'.. dlm apam ni saya letak inti kelapa..
yeahhhh... yang ini utk kawan2 kt BG esok...

Wednesday, September 7, 2011

Hajat yang tak kesampaian..

Bila tgok Apam dot dot alongroz hari ini.. teringat pulak kisah semalam.. kisah biasa2 n akan menjadi ingatan n pengajaran utk diri saya sampai bila2.. ini lah rupa bahan2 yg terpaksa ditongsampahkan akibat memecahkan telur busuk dlm adunan apam tsbt.. walaupun dah tahu sepatutnya telur dipecahkan satu persatu dalam bekas yg lain.. hajat nak menjamu kawan2 di sekolah dgn apam polkadot hari ini tak menjadi la.. baru nak rajin2.. terus jadi M..

Friday, September 2, 2011

HanyaCoklatKu

SELAMAT HARI RAYA..
Freshed from oven Inspirasiku by 'HanyaCoklatKu'... hari ni ke rumah BP sekejap.. kemas2 mana2 yg sempat.. sambil tu kacau2 my sis siapkan tempahan pelanggannya untuk majlis pertunangan esok .. coklat cupcake from oven inspirasiku.. ini bukan promosi oven yer.. hahaha.. Iklan ini tidak berbayar.. sobsobsob.. kalau nak oder2 coklat bolehlah ke SINI ..



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin