Saturday, January 28, 2012

NASI DAGING UTARA VS AIR ASAM ,

Semalam terpandang cikmin menayang nasi dagingnya by Noxxa.. teringat daging korban yang masih berbaki serta my noxxa yang macam lama tak diguna utk memasak nasi.. hampir terlupa kaedah penggunaannya.. terima kasih cikmin mengingatkan saya.. mmg kerja jadi mudah kalau kita rajin.. hihihi..
Resepi nasi daging saya CP  dari dapur cikmin... terima kasih sekali lagi  cikmin.. 
  
NASI DAGING UTARA
(Sumber : cikmin.comhttp://cikmin.com/2010/08/nasi-daging-utara/
1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak / saya kurang
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak
sedikit gula batu – saya letak gula melaka... hihihi.. suke ati jer..
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Air asam kegemaran saya... rspi ika bangkok yang lama dah menyepi tu.. miss u bebeyy...

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

 Sambal telur rebus goreng  berlado.. resepi Ayu di Curlybabe's Satisfaction..  gandingan yang serasi... tq ayu for sharing... nanti saya buat entry lain untuk resepi telur berlado ni..
Nasi daging by Noxxa.... utk rujukan saya yg selalu lupa ni... saya masak daging dgn highpres 7 min (coz daging korban.. rasanya bukan batang pinang.. mokcik pun tak kenal rupa batang pinang sebenarnya).. utk masak nasi  set 7 min jugak highpres... )  n siap...

9 comments:

Mas said...

hmmmm...sedapnya...
mas tumpang lunch sini la...

mimie@Sugar 'n' Spice said...

sodapp eyhhh kakkkkk..... now sy skarang x dok selera.... tekak rase payau...mkn mcm2 sumer x de rase...harap2 kesempatan nih bole selim melim...hahahahha

ummiaisyah said...

alamak...ada nasi daging la...sedapnya cicah daging ngan air asam tu..ada gak resepi air asam belah utara campur kerisik..tambah kaw!!

hazila said...

Kak zana, saya suka air asam cam ni. Dah terasa kat tekak dah ni.

quinnie said...

sedapnya kak zana...huhuhu...teringin la..aduii aiii

rahel said...

Kak Zana..Rahel nak sepinggan nasi daging..ngan air asamnya skali ek..

Yatie said...

Assalamualaikum DZana,
Yatie teringin betul nak wat sendiri nasi daging mcm ni, tapi tak terbuat2..terliur je tngk nasi akak yg begitu menyelerakan ni..

nOOrsha said...

sedapnye k zana..meleleh terus air liur tgk set nasi ni:)

norlieharumaini said...

sedapnya...boleh cuba..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin