Saturday, January 21, 2012

CREAM PUFF 2

Yehhh..cuti..  melayan menu kegemaran anak2.. minta maaf yer kalau selalu memandang  menu2 ulang tayang.. kalau masak yg lain nanti banyak pulak soaljawabnya.. so dalam suasana meriah cuti2 ni kalau dapat nak memasak semua makanan kegemaran aimman yang sedang bercuti.. risau jugak melihat keadaan nya.. balik dengan batuk2 n nampak susut susuk badannya.. semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal & mental serta kesihatan yang baik sepanjang menghabiskan prgrm PLKNnya..

Resepi Cream Puff di dapur Jun Yummylocious.. tq jun.. utk cream kastard saya mgunakan rspi noreen..

 CREAM PUFF
(Sumber : Yummylicious)

Bahan-bahan
1 cwn air
113gm butter
1/2 sdt garam
1 cwn tepung
4 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt baking powder
1 sdb gula

Cara-cara

1. Campurkan tepung, baking powder, garam n gula. ketepikan. 
2. Panaskan butter hingga cair. masukkan air, kacau sebati. masukkan tepung n esen n kacau cepat hingga sebati. padamkan api, terus kacau hingga sebati. masukkan kedalam mixer, sejukkan sekejap (dalam 10min). 
3. masukkan telur n pukul (3-4min gitu). masukkan kedalam pastry bag, paipkan atas tray beralas dgn jarak 1 in setiap satu. spray permukaan dgn air untuk mendapatkan bentuk yg cantik n  bakar pada 180'c selama 25min. 

CREAM KASTARD ( saya buat 2 adunan Cream kasrd utk puff di atas)
Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau ( saya kacau adunan atas api perlahan hingga pekat) n akhir sekali masukan mentega.)
3. tutupkan mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis

8 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum KZana,
menariklah cream puff akak tu, yatie tak pernah buat, tapi teringin sangat nak buat..he3....cuti2 ni masak je makanan kegemaran anak2 kak...yg penting diaorang senang hati dan dpt manfaatkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang...alamak tetiba windu plk kat anak di perantauan..hua..hua..

rahel said...

Salam Dzana...macam tau2 je yang Rahel suka mkn cream puff...macam nak join pulak makan..

Nuridah said...

Assalamualaikum cikgu,

Hubby Nur suka cream puff nie...dia suker custardnya....sedapkan cikgu?

Sugar 'n' Spice said...

salam kak zana....sedapnyer cream puff tuuu.... sy suka mkn pamnas2....fuhhh...
nk wat...tunggu M dtg...hihihi

Amie said...

Assalam Dzana,
sedapnya cream puff...montel menggebu! Cukuplah makan 2 ketul dengan secawan horlicks panas...kenyang!

blogresipi.com said...

Salam Kak Zana,
Menu ulang tayang pun tak apa sebab ramai peminat. Krim puff ni saya paling suka tang kastad dia tu. :)
Ijan

HomeKreation said...

Memang boleh kasi certificate kat Zana pasal cream puff ni.... rajin selalu buat & montok2 molat2...! Untuk along & Liana takda ke?

Nora Shahaira said...

selalu tgok resepi cream puff ni..tak pernah rasa...mesti sedao sampai jadi pilihan ramai ye dak..kata buatnya leceh...nanti study dulu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin