Sunday, January 8, 2012

ORANGES MUFFINS

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...   
Muffin Oren semalam ... terhangus sedikit kerena leka bertelefon .. suke rasanya dgn manis yg manja2.. plan nak ke kuala pilah hari ini tidak kesampaian .. pihak kem PLKN tidak membuka pintu utk ibu bapa kerana ada program agaknya... terus menghitung hari lagi  ... walaupun dapat berbual panjang .. tetap tak rasa puas.. Semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal dan mental serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh latihan ini... amin.. Kisah muffin pulak... terima kasih Izah n Doc Inahar kerana memberi inspirasi..  untuk muffin ni saya letak topping



ORANGES MUFFINS




Bahannya:



2 cawan tepung

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh garam

1/2 cawan gula halus

 1 sudu besar parutan kulit oren

1/2 cawan butter (dicairkan)

2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren

1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah

2 biji telur

1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak / badam slice



topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip


1 sudu besar butter cair

1/4 cawan gula perang

1/2 sudu teh ground cinnamon



Caranya:



Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati

Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.

Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.

Masukkan ke dalam muffin try.

Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.

Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

8 comments:

Amie said...

Assalam Dzana,
sekali sekala makan muffin sedap sangatkan! nak pula yang manis2 manja tu...

rahel said...

Salam Dzana...
Rahel suka mkn mufin..lagi2 klu rasa oranges..tak jemu kita mkn kan?

tun_telani said...

salam kak zana ^^ sedap nmpk mapin tu.. tp hasben tun selera mcm budak2, mesti nk mapin coklat. hehe

izahdaut said...

ada toping lagi best ye kak. lama dah tak memuffin ni. gatal tangan dah nak muffin. hehe

Nur-nba said...

Salam.
Waduh besarnya gambar muffin ni.. Sangat menggoda kami yang melihatnya.. :)

Unknown said...

Assalamualaikum Dzana
Selamat tahun Baru 2012

*Lama Kak Lin x buat muffin ni...tgk Dzana buat mcm nak buat jer...insya allah

Mamasya said...

Aslmkum Cikgu Dzana.mmg tak puaskan berbual di tel selagi tak bersua muka....dpt hilangkan rindu.
muffin...dah lama tak buat...sedap tu ada topping...

Anonymous said...

Alahai tak dapat jumpa lagi lah ye kak. Takpe, nanti ada kot waktu lain yang diorang beri pelawat masuk. Masa tu boleh buat muffins banyak2 lagi. ehehe

Ijan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin