Monday, September 12, 2011

Cendawan Goreng Tepung

Cendawan .. beli ntah bila.. kemas2 ujung minggu dlm petiais.. jumpa pulak.. klau nk tunggu next week mesti ke tong sampahlah cendawan ni..

CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan-bahan A
4 sb tepung gandum
4 sb tepung beras
1 sk tepung jagung
2 sk serbuk kari
sedikit serbuk lada putih
1 sk garam

Bahan B
Cendawan tiram secukupnya
1 biji telur

Cara-cara
1. Gaul semua bahan A hingga sebati.
2. Satukan bahan B dan gaul rata
3. Masukkan satu persatu bahan B dalam tepung(A) sehingga semua permukaan cendawan diselaputi tepung. Buatlah sehingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng lah cendawan sehingga kekuningan. Minyak hendaklah betul2 panas supaya cendawan tidak menyerap minyak.

3 comments:

Kak Sam said...

selalu makan kat kedai je. tak pernah pun buat sendiri

Naz said...

Emm best ni. Kalau terus makan masa rangup2 tu lagi sedap.. Kak Zana, dalam sibuk2 tu, rajin jugak bersilat kat dapur heheheh...

Nur Fae said...

sedap giler..mengancam bangat..mesti rangup kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin