PUDING ROTI
(Sumber : MYRESEPI)
Bahan-bahan
- 4 keping roti, disapu mentega/ saya guna 8 keping roti gardenia
- 450ml susu segar/ 600 ml susu
- 3 biji telur
- 25g gula/ 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar tepung kastard/ 2sb tepung jagung
- Kismis secukupnya
Cara-cara
- Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
- Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
- Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
- Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
- Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
- Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan. (Lainkali saya perlu kurangkan masa membakar .. leka.. mcm terhangus pulak..)
1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb gula
sedikit esen vanila
Cara2
Satukan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
11 comments:
Perghh sedapnya.. tak pernah buat lagi .. nampak senang sangat
sedap nih..gandingan roti n kastard memang menyelerakan
Sama la kita.Kak ros pun buat puding roti semalam.tapi tak dok sos.Cuma ada epal dan pecan
Roti byk kat rumah tu...byk dah tgk resepi puding roti ni...yg mana satu pilihan hati...sume pun sedap...:D
mmg best ni zana..hubby liza suka sgt ngan puding roti ni...
bestnya.....seronok nampaknya time cuti2 sekolah ni ye ;)
salam k zana...lieza pun ada roti yg berlebihan ni...sedap juga di buat puding camni yer..
salam kak.. nampak amat menarik kak tambah datang malam2 ni.. teriba plak lapa
akak, nak tanya. semasa tuang susu pada roti, kita perlu tenggelamkan roti dgn susu ker? @ pun tuang separuh sebab roti tue akan kembang
Salam, da cuba resipi utk pertama kali, dan menjadi! Thanks! Cuma sekadar berkongsi, mengikut respons family, kalau tnpa sos kastard, boley pakai ukuran 3/4 gula. Kalu dgn sos, 1/2 cawan gula pon cukup sbb sos tu pon da manis dgn adanya susu cair & gula
Akak fadzilah,
Berdasarkan cubaan saya, tuang semua sahaja. Kalau nk tenggelam sepenuhnya susah sikit sbb roti akn serap susu tu juga nanti.
Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
Post a Comment