Sunday, February 6, 2011

Tub Tim Grob (Red Rubies)

Dessert Thai .. red rubies yang tak berapa nak red.. apa pun saya memang suka dessert ni.. kalau makan di restoran thai.. saya tak lepaskan peluang memesan RR ni.. Resepi saya CP dari Kzai Teratak Impian.. dah 2 kali Kzai buat.. mesti sedap kan kak.. resepi asal dari Cik Mat Gebu.. terima kasih CMG dan Kzai..

Red Rubies

Bahan-bahan

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) - akak guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya
  • Hirisan buah nangka dan buah kabung* (yg ni akak tambah utk hiasan)

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Makan2 di petang hari.. Tauhu goreng..

7 comments:

Nieza said...

assalam kak...wah sedapnya dessert tu...terliur dh nk tumpang mkn juga..hehe

MeknaBlog said...

salam kak...sedapnya panas2 camni kalo kena dessert camtu mmg best

Naz said...

Salam Kak Zana..
Tak nak cakap banyak2..Meleleh dah air liur nie..

Nora Shahaira said...

bertakung sekejap...pergh..memang pantang ngan santan2 ni..pantang jumpa..mangga manis makan dgn kuah santan pun sedap ..haha

Lyza said...

kak zanaaaa...nyamannyer klu dpt rasa tub tim grob tu..

Syimama said...

hmmm..menelan air liur jelah tengok ni.

Yani said...

sedapnya nampak kak.. nak nak time panas ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin