Sunday, February 13, 2011

Talam Kastard Jagung

Hasil menalam malam tadi.. Talam Kastard Jagung... Resepi oleh Yatie di Sinar Kehidupanku.. saya buat setengah adunan dari rspi asal.. bagi saya talam ni memang sedap.. kombinasi rasa kastard berjagung dan lemak2 talam.. cuma saya tersalah beli jagung tin semalam.. sepatutnya mengkut rspi ialah jagung manis krim.. bila menggunakan jagung berbiji.. agak sukar untuk memotong ... tq yatie atas perkongsian rspi.. minta izin CP resepi yatie di sini ya..


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
(Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku)
Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

6 comments:

Bee said...

salam kak, suka betul ngan kuih talam nih..tp nak buat kena fikir banyak kali atau tunggu sampai balik kg, kalau tak kena makan sorang2, anak2 tak suka kuih manis & lembik..kalau kat kg leh makan ngan ayah..kalau nak makan kuih nih sllnya beli je seketul dua tuk makan sorang:(

izahdaut said...

fuyoo..kak zana ni kuih bendera kedah ni..balik kedah nanti boleh try buat..ikikiki...santekk warne dah tentu rasa pong sedapkannn

Mas said...

bestnya talam jagung...
nampak cantik dan sangat sedapp la kak....
nak sepotong..he..he,.,

Yatie said...

Assalammualaikum K.Zana,
Cantiknya kuih talam akak..ceria je warnanya...tq mencuba dan menjadi..sedapkan....kalau tak abes antor kat umah Yatie kak...Yatie mmng peminat setia kuih2 mcm ni....hehehhe...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak. Saya tak pndai2 buat talam. Pernah buat skali, tapi mcm tak siapa yg sudi... hehe

HALAMANKU said...

Salam akak.. ni erma bawa kuih bakar jagung he he eh.. sedap tgk kuih talam jagung tu... gader21 kita wat kuih jagung... he he eh meh tukar2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin