Monday, February 14, 2011

Cream Cheese Waffle

Makan2 yang dah lepas.. cream cheese waffle dari dapur 1001 cerita 1001 rasa.. cik adik manis Noorsha..waffle dengan gaya bebas.. aiskrim, whippping cream, coklat syrup, strwbry jem.. dan apa2 saja yg tergerak di hati.. anak2 memang suka kuih2 begini berbanding kuih2 tradisional..
Terima kasih noorha.. akk minta izin CP resepi di sini...

RESIPI CREAM CHEESE WAFER

Bahan-Bahan

2 biji telur ( Gred B )
1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter cair / minyak jagung
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Cara-Cara

1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
6. Biarkan waffle sehingga perang.
7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !

3 comments:

Ummi said...

Salam Zana, waaah waffle...suka, sukaa....makan dgn ice cream lg best tuu...adeei leleh air liur laa..

Unknown said...

assalam kak zana, lama tak buat waffle...tgk akak buat ni teringat lak waffle maker saya yg dh setahun tak digunakan tu...haha kena keluarkan la nanti...terguda nengok waffle akak ni.

mymirra said...

macam susah jer nak buat...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin