Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... musim cheese cake kt umah ni... kali ni nmpk semakin menjadi hasilnya... sebelum ni buat perisa strbery.. tapi malangnya menjadi bingka cheese strbery.. bantat yg maksimum... sib baik laris jugak..hihihi.. acu n makndak.. nnti kak long buatkan lagi ni.. semalam tanpa serik membaking lagi... masukkan pula filling blubery dlm cake mcm ustazah azie.. perggg memang sedap.. rasa cake yg soft n lembut bak kapas, tak berapa manis, mmg terangkat bila terkunyah fillingnya tu... dulu2 mmg selalu guna resepi Ros @ Jintanmanis ni.. TQ Ros kerana berkongsi resepi.. smga Ros murah rezeki dengan bisnes homestaynya..
SLICE CHEESE CAKE
(Sumber : Ros @JintanManis.)
Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen pandan/ saya guna esen vanila
beberapa titk pewarna hijau/ tak letak
1 sudu kecil serbuk koko/tak letak
Sedikit filling blubery (saya tambah)
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar,
kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice
cheese tadi cair. kacau sentiasa.
2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki
gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental,
terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)
4. Didalam bekas lain
pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese
tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan
adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit
demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan
perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan
kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar
adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam
acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas
permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.
6.
Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah
selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan
letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk
dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.
7. Setelah siap
dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat
sesuai dijadikan menu minum petang. Selamat Mencuba.
