Salam sejahtera... balik kelas tambahan...kelaparan.. terus bersilat di dapur buat sarapan kul 12.00.. orang lain dah kelentung-kelantang masak utk lunch... kebetulan ada kari daging semalam.. rasa nk makan lempeng kelapa, cekodok ikan bilis n macam2.. lasty teringat resepi yg belum pernah di cuba .. roti puree.. dari dapur ummizzkitchen.. mudah jer rupanya.. rasanya geng2 kaki masak dah pun mencuba.. saya jer yg selalu berada 'di luar musim'... tak kisah la.. saya buat separuh adunan.. 2- 3 kali goreng melembung sikit jer...bila dah tinggal separuh baru melembong cantik.. eh betul ke perkataan melembung tu.. tq ummi berkongsi resepi..
PUREE
(Resepi Asal : Ummizzkitchen)
1/2 kg tepung gandum200 ml susu segar
3-4 sdb majerin
garam
Cara-cara
Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
Simpan dalam bekas.
Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
Goreng dalam minyak yang panas.
* Mula-mula mungkin puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree yang menggelembung cantik.
*Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut.
boleh tgok cari2 mengoreng poori kt sini..
11 comments:
kak zna.. ni resepi baru pada saya ni. biasanya saya buat yang resepi kena letak yis. boleh try la nanti. feberet kami sekeluarga kalau rpti puree ni. lembut tak kak zana?
Salam Kak Dzana,bestnya puree & kari daging ni,tapi betul kata Izah..menu ni baru pd Rahel gak..nanti nak try la..tentu sedap buat sarapan dan minum petang kan..
kak zana.. ingat masa 1st time tun buat, penyek semua.. xde satu pun x gelembung.. hehe.. pastu 2nd time buat, buat makan excited lagi bila ada yg stat kembung2 ^^
assalam cikgu..
wah roti puree sedapnya..samalah macam izah nak tanya yang ini tak gunakan yis ya..lembut tak rotinya tu?..pernah cuba dulu yang beryis..
to izah, rahel n ayu.. akk tak pernah cuba yg guna yis.. tgok husban makan syok jer walaupun dah sejuk.. akk makan masa panas2 mmg sedap.. mungkin ada susu tu yg jadi sedap. sebenarnya akk mguli malam tadi.. pas tu dah malam malas pulak nk mgoreng.. ppgi nk ke sekolah tak sempat pulak . . sempat kuar dr peti ais jer.. balik sek baru meleper n mgoreng.. n cantik jer pulak jadinya.. buat 2 cwn tpg jer dpt lah 10 biji..
to tun.. mula2 tu akk punya malu2 jer nk kembung.. pas tu ok.. mmg puas ati akk..
terima kasih K Zana sudi mencuba...harap memenuhi citarasa...
psst..kak Zana result spm dh cpt sehari plak..lagi dup-dap-dup-dap..hehe
kak zana...x penah n gayat mkn puree niii...nk try..nk try...
Salam cikgi!! nak buat rotinyer tu sneang tp nak buat karinyer tu yg malas byk2, nak pinjam kari akak :D lama tak buat roti puree, masuk list lerr :D
Assalam Dik dZana...Salam rindu ni ya...wah pepagi datang ingatkan ada resepi tomato puree ke apa..rupanya roti puree yang kembong tu ya....Akak pun belum pernah try resepi ni lagi Dik...yang Akak pernah buat seakan-akan yang ini Roti Arab...nanti bila berkesempatan boleh Akak try yang ini pulak ya!
Salam Kak Zana..nampaknya masih ada lagi orang ketinggalan selepas akak sebab saya pun belum pernah cuba buat lagi..Tak tau bila serunya nak sampai...
Post a Comment