Wednesday, April 11, 2012

CHEZZY POTATO WEDGES

Assalamualaikum &  Salam Sejahtera...
Edisi menu sarapan di hari cuti.. sempena musim kentang berharga murah.. puas jugak lah mgadap kentang 5 kg tu.. sebelum ni  dah cuba juga crispy potato wedges di dapur ucubakery dan mamahawa  .. lepas ni mungkin ada bingka kentang, donat kentang, sherperd pie n apa2 aja yg berkentang  agaknya... kalau tidakpun mungkin boleh berimbun hijau kat sudut dapur tu.. kita tunggu dan lihat jer la..

Potato Wedges kali ni nampak cam ala2 makanan sihat sikit.. tak da goreng2.. (kes malas la ni)

CHEZZY POTATO WEDGES (BAKED)
( by: Inspirasiku)
Bahan2
5 biji kentang
garam
sedikit lada hitam
2 sudu besar butter
slice cheese

Cara2
1. Kupas kentang, potong wedges, rebus hingga empuk (masuk garam).
2. Toskan air, gaul dengan butter dan tabur  serbuk lada hitam.
3. Taburkan slice cheese dan bakar 15 minit (oven 160C)

14 comments:

Nuwairani said...

asik nampaka cheesy wedges je skrg sebab ramai betul yang meniaga online cheese serbuk tu.teringin jugak nak beli.

Unknown said...

sedapnya tgk cheesy potato wedges akak ni..bagusla mkn kentang ni cepat kenyang kan.tak yah cari nasi dah nanti..hehe

hazila said...

Ingatkan kak zana beli cheese powder tu. Nanti boleh cuba resepi akak ni.

Amie said...

Assalamualaikum Dzana,
cerita pasal kentang harga murah ni, teringat Amie kat bonda di kampung.... katanya sebulan pun tak habis makan seorang, sarapan kentang, goreng kentang, pegedil kentang... tapi elok gak makan kentang, boleh mengenyangkan dan dipelbagaikan.

Mamasya said...

Salam k.Zana. mudah guna slice cheese...nanti boleh cuba.sypun macam k.Zana ada stok kentang 5 kg

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Zana..

Kak, dah rupa mcm wedges kat KFC jer ni..

rahel said...

Sedapnya kalau ada macam ni sambil ngadap astro...hehe..

HALAMANKU said...

Kak Zana.. sukernyer cheese2 neh ha ha ha memang membina badan erma neh.. sebelum ader gak buat.. memang laku kat umah ni erma n SK gemar.. he he he join..

izahdaut said...

Ooo patut la org duk beli sampai seguni. Kentang tengah murah ropanya. Ehehe.. Sodap tuu. Cam kepci ke kak. Nyumm

Unknown said...

As-salam kak zana.... sehat kak... bz kerr..?? hihiih

sy dah lama tingin nk wt wedges h/made nih... pegang jer kentang jd gulaii.... nti nk wat laa...

Rohah said...

Salam kenal kak,
Nampak menyelerakan menu kentang wedges nie..tak tahan nengok cheesenya tu..

ogyep yummy mellow said...

salam kenal... simple yet very atractive..

Unknown said...

hehe...takde sihatnya cikgu kalau ada cheese tu..
kat rumah akak ni kentang berkilo2 pun habis, asal takde lauk/sayur, kentang la jadi mangsa.

blogresipi.com said...

Salam kak Zana,
Wah sampai 5 kg akak beli potato ek. Boleh tahan jugak nak perabis tu. hehe... ada cheezy wedges ni, kena cari ayam goreg pulak. hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin