melayan jiwa kacau ... kuih berisiko tinggi ... 2 hari sudah butter keluar masuk peti ais.. dari hasrat nak membuat kek bertukar nak membuat brownis pulak.. tpi sudahnya mjdi brownis tradisi ini.. kenapa berisiko tinggi yer.. maksudnya kuih ini mesti tak de orang yg sudi nak melayan melainkan saya suami isteri sahaja..lum pun siap mengukus anak dara sorang tu dah terpekik2 nak mkn pavlova pulak.. ibu balas .. tunggu lah abang balik minggu depan yer.. huuu.. merajukla anak dara ku itew... Resepi dari Citarasawan.. boleh tgok kat SINI resepinya.. mcm2 resepi menarik ada di dapurnya.. saya CP dari dapur Mas di Duniaku.. terima kasih kak wan dan mas juga kwn2 lain yg memberi inspirasi.. smga pahalanya berpanjangan..
Kuih Kaswi Citarasawan
Resepi: Kak Wan
Bahan A :
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur
Bahan C :
Kelapa parut dicampur sedikit garam
Loyang 9" atau acuan lompang
Cara-cara :
Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam.
Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.