Tuesday, January 31, 2012

RICH OREO CHOC BROWNIES again...


Mem'brownis' jugak.. gara2 terpandang di dapur Ayu subuh2 tadi... plan asal nak buat seperti ayu.. tapi bila terpandang 2 bungkus oreo yg tidak terusik .. terus ubah plan.. n buat oreo brownis AlongRos yang sangat sedap ini... ala2  chewy, gooey n yummy , terima kasih Along yer... hujung minggu ni nanti saya akan buat lagi untuk aimman pulak...

 saya guna oreo filling coklat .. kalau nak tgok versi yang lain boleh lah jengok2 di dapur Alongroz yer..


RICH OREO CHOC BROWNIS
 (Sumber : AlongRoz)
(Makes 8" sq) 
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)
 

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.
2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.
3. Bake 170C for 45 min.

Sunday, January 29, 2012

KUIH BAKAR JOAYEE

Aktiviti membakar hari ini .. esok dah mula sekolah.. maka selepas ni kuranglah aktiviti saya di dapur.. . cuti CNY kali ni mmg tak ke mana2.. kerana aimman nk duduk di rumah .. dapat jugak tidur di kg semalaman.. hari khamis 26 jan aimman dah pulang ke kem karisma PLKN di Kuala Pilah..bila masak2 ni mmg terasa rindu pada abang.. ada la menu yg kene skip.. espc fav abg..  hihihi...

Kisah kuih bakar pulak.. kali pertama saya mencuba resepi Joayee ini.. selalu buat kuih bakar guna resepi sendiri.. hihihi.. mcm sombong gitew.. hihihi.. harap kwn2 tidak berkecil hati yer.. resepi joayee tetap hebat..ramai yg dah mencuba..  saya sekeluarga menyukainya.. mmg sedapp... cukup lemak dgn manis yg sedang2 .. terima kasih Joayee kerana berkongsi resepi..

KUIH BAKAR

Bahan-bahan ( 6 org )/( 3 biji -  acuan baulu pecah 8 )

(Sumber : MYR oleh Joayee)


  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )/ saya campur santan +susu cair)
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara


  1. campurkan semua bahan. blend sampai  sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing...  (oven saya anggaran 50 minit)

Saturday, January 28, 2012

NASI DAGING UTARA VS AIR ASAM ,

Semalam terpandang cikmin menayang nasi dagingnya by Noxxa.. teringat daging korban yang masih berbaki serta my noxxa yang macam lama tak diguna utk memasak nasi.. hampir terlupa kaedah penggunaannya.. terima kasih cikmin mengingatkan saya.. mmg kerja jadi mudah kalau kita rajin.. hihihi..
Resepi nasi daging saya CP  dari dapur cikmin... terima kasih sekali lagi  cikmin.. 
  
NASI DAGING UTARA
(Sumber : cikmin.comhttp://cikmin.com/2010/08/nasi-daging-utara/
1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak / saya kurang
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak
sedikit gula batu – saya letak gula melaka... hihihi.. suke ati jer..
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Air asam kegemaran saya... rspi ika bangkok yang lama dah menyepi tu.. miss u bebeyy...

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

 Sambal telur rebus goreng  berlado.. resepi Ayu di Curlybabe's Satisfaction..  gandingan yang serasi... tq ayu for sharing... nanti saya buat entry lain untuk resepi telur berlado ni..
Nasi daging by Noxxa.... utk rujukan saya yg selalu lupa ni... saya masak daging dgn highpres 7 min (coz daging korban.. rasanya bukan batang pinang.. mokcik pun tak kenal rupa batang pinang sebenarnya).. utk masak nasi  set 7 min jugak highpres... )  n siap...

Thursday, January 26, 2012

TIRAMISU BISCOTTI 2

Memang sedap..   buat dengan deco yang sangat minimum.. berangan gak nk letak bluebery filling.. bila fikirkan kemanisannya .. ooopss.. kesian nanti en husben tak leh nk makan banyak..  first time jugak dapat rasa biskut tiramisu.. tq  Acu  @coklatku atas bekalan biskut tiramisu .. lum terjumpa lagi biskut ni kt BP..

 

 Resepi saya ubahsuai dari dapur Tun Telani. ..terima kasih tun   kalau nk mencuba versi yang lain boleh lah jenguk2 ke dapur Kak Nor Secubit Garam ,   atau ke dpur Shiela Spices Journey yer..

TIRAMISU  BISCOTTI
  • 1 bungkus biskut tiramisu
  • 250ml whipping cream(non diary)
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara2
1. Pukul whipping cream hingga kembang/kental
2. Dalam bekas yang lain pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang
3. Satukan whipping cream n cream cheese dengan menggunakan spatula.
4. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
5. Celup sebentar biskut dan susun lah dalam bekas yang sesuai, masukkan sedikit adunan cream tadi, kemudian ulangi sehingga habis.
6. Sejukkan sebentar , bolehlah hias ikut selera..



Monday, January 23, 2012

ROTI GULA MENTEGA

Resepi mudah2 n sedappp... celup dalam teh  or coffee... or di makan begitu saja...  Saya guna roti gardenia potong 4 n tabur sedikit serbuk kayu manis di atas gula...

ROTI GULA MENTEGA
(Sumber : Anawahid)

Bahan2nya:-
1 buku roti – saya guna roti yg dh siap buang tepi –
Butter/Margerine secukupnya
Gula Pasir - secukupnya


Cara2nya:-
1.Sapukan roti dgn butter.margerin secukupnya, setelah itu taburkan gula ikut suka manisnya. Susun didalam dulang pembakar.
2.Panaskan oven pd 180C selama 5 minit, masukkan roti kedalam oven dan kecilkan suhu pada 120C – 150C bergantung pada oven masing2.
3.Bakar selama 15 hingga 20 minit. Siap!

Saturday, January 21, 2012

CREAM PUFF 2

Yehhh..cuti..  melayan menu kegemaran anak2.. minta maaf yer kalau selalu memandang  menu2 ulang tayang.. kalau masak yg lain nanti banyak pulak soaljawabnya.. so dalam suasana meriah cuti2 ni kalau dapat nak memasak semua makanan kegemaran aimman yang sedang bercuti.. risau jugak melihat keadaan nya.. balik dengan batuk2 n nampak susut susuk badannya.. semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal & mental serta kesihatan yang baik sepanjang menghabiskan prgrm PLKNnya..

Resepi Cream Puff di dapur Jun Yummylocious.. tq jun.. utk cream kastard saya mgunakan rspi noreen..

 CREAM PUFF
(Sumber : Yummylicious)

Bahan-bahan
1 cwn air
113gm butter
1/2 sdt garam
1 cwn tepung
4 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt baking powder
1 sdb gula

Cara-cara

1. Campurkan tepung, baking powder, garam n gula. ketepikan. 
2. Panaskan butter hingga cair. masukkan air, kacau sebati. masukkan tepung n esen n kacau cepat hingga sebati. padamkan api, terus kacau hingga sebati. masukkan kedalam mixer, sejukkan sekejap (dalam 10min). 
3. masukkan telur n pukul (3-4min gitu). masukkan kedalam pastry bag, paipkan atas tray beralas dgn jarak 1 in setiap satu. spray permukaan dgn air untuk mendapatkan bentuk yg cantik n  bakar pada 180'c selama 25min. 

CREAM KASTARD ( saya buat 2 adunan Cream kasrd utk puff di atas)
Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau ( saya kacau adunan atas api perlahan hingga pekat) n akhir sekali masukan mentega.)
3. tutupkan mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis

Friday, January 20, 2012

VANILLA PEACH MUFFINS

 
   
Laporan muffin yg dah terlepas... resepi dari Kak Paty's kitchen.. Tq kak berkongsi resepi ...

Vanilla Peach Muffins   

(source : Paty's Kitchen)

1 ¾ cup all purpose flour
1 ½ tsp baking powder
½ tsp salt
2 large eggs
¾ cup sugar
2 tbsp vegetable oil
2 tsp vanilla extract*
1 ½ cups peeled, diced frozen peaches (unthawed)
coarse sugar, for topping
Preheat oven to 350F and line a 12-cup muffin tin with baking cups.

In a medium bowl, whisk together flour, baking powder and salt.
In a large bowl, whisk/beat together eggs and sugar for about a minute at high speed, just until fairly smooth, then add in oil and vanilla. 

Add in flour mixture and stir until just combined. 

Briefly stir in peach pieces. 
ivide evenly into muffin cups and sprinkle with coarse sugar.


Bake at 350F for 18-22 minutes, until a tester inserted into the center comes out clean. Cool on a wire rack.

These are best on the day they are made.

Makes 12 muffins.

*Vanilla paste, if you can find it, is a great substitute, since it will add attractive vanilla specks to your muffins.

Tuesday, January 10, 2012

PRATHA PUFF INTI KENTANG



Lama tak buat ... sambil menghitung hari.. malam2 saya menyibuk2kan diri... make over PRATHA ... menjadi Pratha Pufff...
potong 2 pratha segera.. apa brand tak kisah... yang  ni brand  c4 jer..

 CONTOH PRATHA yang digunakan ... ehsan en google..

letak inti... inti ikut selera masing2...
lipat dua potong tersebut.. tekan lah kelilingnya dengan garfu.. sebelum bakar kelar2 lah sikit permukaannya.. sapu kuning telur... saya bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit... 

 boleh frozen... plastik lapis paratha tu jangan dibuang.. terus balutkan pratha puff tu n boleh terus frozen..
hasil membakar malam2... saya suke yang rangup2 camni... ikutlah selera masing2 yer..

Sunday, January 8, 2012

ORANGES MUFFINS

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...   
Muffin Oren semalam ... terhangus sedikit kerena leka bertelefon .. suke rasanya dgn manis yg manja2.. plan nak ke kuala pilah hari ini tidak kesampaian .. pihak kem PLKN tidak membuka pintu utk ibu bapa kerana ada program agaknya... terus menghitung hari lagi  ... walaupun dapat berbual panjang .. tetap tak rasa puas.. Semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal dan mental serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh latihan ini... amin.. Kisah muffin pulak... terima kasih Izah n Doc Inahar kerana memberi inspirasi..  untuk muffin ni saya letak topping



ORANGES MUFFINS




Bahannya:



2 cawan tepung

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh garam

1/2 cawan gula halus

 1 sudu besar parutan kulit oren

1/2 cawan butter (dicairkan)

2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren

1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah

2 biji telur

1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak / badam slice



topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip


1 sudu besar butter cair

1/4 cawan gula perang

1/2 sudu teh ground cinnamon



Caranya:



Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati

Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.

Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.

Masukkan ke dalam muffin try.

Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.

Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

Tuesday, January 3, 2012

AKHIRNYA...

1 Januari 2012.. Aimman  ke Program PLKN di Kem Karisma di Kuala Pilah Negeri Sembilan.. betapa beratnya hati ibu nak melepaskan abg ke sana.. kali pertama abg berjauhan dari keluarga dalam tempoh masa yang agak lama.. teringat semasa selepas UPSR dulu abg meminta ibu menulis surat kepada guru besarnya untuk menyatakan abang tidak berminat untuk ke asrama penuh apabila guru besarnya mendesak supaya mengisi borang  asrama penuh. Selepas PMR abang juga mendapat tawaran belajar di sek asrama penuh.. namun abang menolaknya.. huuu.. doa ibu smga abg diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan di sepanjang masa mengikuti program ini....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin