Monday, September 29, 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.
daripada :
Dzanariah sekeluarga.

Sunday, September 28, 2008

Tart Nenas

Projek last Ramadhan 28 ..pas ni nak kemas semuanya.. 2 hr spare utk kemas umh.. Selasa bru blik kg.. ptg ni pun blik pt sulong jab..buka pose umh mak.. anak2 anto blik kg dulu.. bior aunty2 n tok nya layann.. dah lama tak buat tart sepit ni.. tart gulong den tak brapo minat.. naper ntah.. den raso tart ni yg bestnya kat jem tu.. garing.. jem ni abah yg uat tau.. anak abah ler katakan....

Bahan2nya:

250 gm butter suhu bilik
1/2 cwn gula aising
1 biji kunig telor
1 sk esen vanila
1/2 cwn tepung jagong
3 1/2 cwn tepung gandum

Jem nenas secukupnya
Cara2:
  • Gaul butter n gula sebati jer.. guna senduk senang..
  • Masukkan kuning telor n esen vanila gaul rata.
  • Masukkan tepung2 n adun sebati
  • Bulat2 adunan sebesar guli, leperkan n sepit keliling.. pas tu boh jem kat tengah
  • Bakar pd suhu 150C selama 20 minit.

Duit Raya Hana n Kad Raya Alongroz

Duit raya hana..ambek 10 000 yen jer dpt le +/- RM 318 kot.. byk tu..Selamat Hari Raya tuk Dik Ina sekeluarga..

Kad Raya dari Along.. Semga Along seisi keluarga bahagia n gembira menyambut lebaran.. Maaf zahir dan batin..

Saturday, September 27, 2008

Cornflakes Bermadu

Cornflakes Bermadu
Lebih buat sekut cornflakes tadi.. tu pun ada se box yg tak bukak lgi.. favorite anak2 esp. syamira.. slalu buat plain jer kali ni kasi gempak sikit..boh white choc.. rasa tak tau lgi..sbb pose..
Rspi ni mudah n mcm2 rspi ada.. lain org lain caranya.. n ikut citarasa n stok yg ade...

Bahan2nya:

200 gm butter
1 cwn gula perang
3/4 cwn madu
cornflakes secukupnya (+/- 350 gm)*
sedikit kekacang/badam panggang*
sedikit ceri n kismis*
paper cup
white coklat utk hiasan.

Cara2nya:
  • Masak butter, gula perang n madu hingga cair n sejukkan.
  • Masukkan bahan bertanda * gaul rata
  • Sudukan adunan kedalm papercup
  • Bakar 10 minit pd suhu 150C
  • Sejukkan dan hias dgn white choc

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Projek lepas sahur tadi.. fenin gak nak layan 2 box cornflakes tu..tamak masa mbeli..mudah jer mmbuatnya..crispy n yummy..rspi milik junjs11 di MYR.. TQ jun.. dah 2 x buat sekut ni..

BISKUT CORNFLAKES

(Sumber : Myresepi)

Bahan2nya:
250gm butter
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
Papercup dan ceri untuk hiasan


Cara-cara :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan
  • Bakar suhu 150C - 20min

Friday, September 26, 2008

Buah Tin Versi Kering..

Buah Tin Versi Kering (ada kat BP..)

Buah Tin versi fresh( ada kat Jepon) .. pic rembat umh dik ina.. ampunnnn

first time tgok buah tin fresh kat umh dik ina.. buah tin mmg favorite I..pelawas paling bekesan.. esps time pose2 ni.. yg kering 500g RM 15 - 18..kebetulan beli awal pose ari tu.. n tinggal 2..hehe.. nak post pic gak kat sini..

Khatam n Bermaafan...

Ramadhan 26..last day before cuti hari raya.. majlis khatam Quran di Dewan Bentara..

Lepas tu.. bbdk mohon ampun dgn cikgu2..
Bebdak pempuan dgan cikgu2 pempuan...
Bermaaf-maafan dgn rakan sejawat.. Njjaluk Ngapuro ne seng akeh-akeh...

Nota: pic ihsan Cikgu Kamal utk aseiment..TQ Boss Budi Baik Sentiasa Dikenang..

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan 25 Berlawak Jepun

Ari ni cam bosan melampau.. nak msk males, nak buat kukis tak da mood, nak menanda ketas peksa mengantuk, nak buat aseiment tak da idea, nak soping penat lak.. nak kemas umh raya awal lagi.. nnti sepah balik.. so gi ngendap.. rmai ler yg jadi mangsa.. tetiba jumpa lawak ni maka teringat leh dik ina hana yg jauh di jepun tu.. karya ni kopipes d Ladyell..ampun Ell n TQ..

Lawak Nama Jepun.

1.yg pemarah - Keji cacimaki
2.yg tk suke brg mahal-Sato sukamura
3.yg bisu - Kita tadasuara
4.yg suka mkn tose - Manachi hitosi
5.yg sgt kedekut - Matimati tamokasi
6.yg suka tido - Meka tidomati
7.yg slalu wat kecoh -Wakasi huruhara
8.yg suka belajar - Asiko ulakaji
9.yg suka lagu blues - Apo nadikato
10.yg slalu bangkrap - Sakurangi ashikoya

p/s.. sila baca dengan dengung yg betul....

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan 24..

Minggu last2 sblm nak raya kat skool mmg 'havoc'..msing2 sibuk ceta psiapan nak raya..stat dr bazar rmdn,bazar raya di BP Walk, offer kt aner2 ..soping d care4, summit, BP mall..nasib baik ada 3 jer yg beso, tukar langsir, baju raya tak siap,tak dpt kuih raya,tak dpt kek lapis,cat umh, oder cadar, oder kasut,oder tware,oder 'menang', balik kg, ..mcm2 ada..semuanya utk raya..mmg seronok.. msing2 dah tak jengok dapur.. selera dah bertukar ke KFC, pizza, restoren,dlm pada tu ada gak yg tgh tension u.. menanda skrip trial tak siap2..tambah lgi bonus n gaji lmbt kuar..nsib baik dah kuar ari ni.. mau aku 'bom' bank ******** tuttttt.... asaiment PTK ooiiii... boleh sasau di buatnya..


Kerepek pagoda, kerepek bawang n kerepek 'gunting '... tak ingat nama kepek apa tah

Biskut Badam..

Biskut Badam
Kukis ni buat 2 hr lepas.. rspi asal dari dapur Aunty Yochana. TQ aunty..
Bahan2 nya:
150 gm butter
80 gm gula kastor
1/4 sk garam
1 biji kunig telor
200 gm tpg gandum
30 gm. ground almonds
1 sb. Potato starch flour - tak da so boh 1sb tpg jagong
1 sb. Hoen kwe flour- lupa nak beli boh tpg kastard
50 gm. Almond Nibs
Sedikid almond nibs utk hiasan
Telur utk sapu
Cara2:
(1) Putar butter n gula hingga berkrim
(2) Masukkan kuning telor n mix sebati
(3) Masukkan semua tepung, ground almonds dan almond nibs, mix sebati
(5) Terap adunan, sapu telor n taburkan sedikit almond nibs atas biskut.
(6) Bakar pada 175C selama 15 to 20 mins. or hingga kekuningan.

Kad Raya..

Kad Raya dr Nina SL.. Terima kasih..

Tuesday, September 23, 2008

Nasi Tomato..

Nasi Tomato
Buka pose hri ni.. tekak ni dr skool dah terasa2 nak mkn nasi tomato.. teringat dpur dik ina jepon tu ..lum ada nasi tmto.. gi MYR trafik jem.. trus gi dpur k. ummi.. so dapat ler rspi nya.. ubah suai sikit rspi ni coz msk 3 cwn jer hr ni.. hrp smpt mkn sampai sahur..TQ k.ummi..

Bahan:-
3 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/3 cwn susu cair
2 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sb mentega/minyak sapi
5 sb minyak
garam
air (ikut sukatan - 3 cwn)
daun pandan/daun sup
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris

3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang


Cara Memasak:-
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau (dlm rice cooker)
  • Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata.
  • Tambahkan air dan biar mendidih.
  • Masukkan beras dan daun pandan.
  • Biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hias dengan bawang goreng dan daun sup.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ni lauk utk mkn dgn nasi tomato..Masak simple jer..

Bahan2:-
1/2 kg ayam - potong kecil
3 sb lada kisar
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
1 sb gula
garam secukup rasa
sedikit air

Bahan2 Tumis:-
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 btg serai- kisar
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
1 biji bwg besar - dihiris
2 biji tomato- belah 4

Cara2:-

  • Ayam dilumur dengan sedikit garam n kunyit. Goreng kekuningan dan ketepika
  • Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan kisar.
  • Kacau hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan sedikit air dan biarkan cili masak sambil dikacau.
  • Masukkan hirisan bwg besar, sos tomato dan sos cili, gula dan garam.
  • Masukkan tomato dan sedikit air , biar didih.
  • Masukkan ayam dan kacau balik hingga kuah pekat

Monday, September 22, 2008

Kad Raya Untuk Kengkwn Semua !!!



Kad raya untuk kengkwn cyber yg singgah ke sini..
Esp Dik Ina Hana yg raya kat Jepun tu.. jgn sedih yerr.., Alongroz yg cun.. pandai memsk n myulam lak ,Ustazah Azie yg buzy sokmo, Hazila yg buzy.. cam biskut chipmore.. ,SL tokeh kuih raya yg akan kaya raya, kak ummi yg selalu kene intai dpurnya, CheIza yg se town,Cik Epel yg byk koleksi rspi , Intan JB..,Edazman.. n kengkwn cyber yg lain..

'SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR & BATIN'..dr Dzanariah sekeluarga..

Tag Cikgu Azie...

Ni jwpn soalan2 spotcek dr Azie..

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apakah?
2 psg..jahit sendiri u,tema anak branak kaler ijau,

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda
ketupat, rendang, sambal kacang, syur lodeh dr dapur mak.. mmg best.. satu lgi ayam mask kicap/merah..

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
tart nenas..tak smpt nak buat lgi.., biskut kcg n kerepek keladi..

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak
dapt tak der ler.. kuar mmg byk..anak2 sedara RM20/org..nsib baik ada 3 org jer..anak sdra HB RM 5/org coz ramai sgat..Ank2 kengkawan klau sorang RM 5 lbih sorang RM 3/org..bbdk marhbn RM1/org..bbdk sek..pun kkdg beri gak..

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
kat kg ler ni..kul 10 ke atas anak2 n HB main bunga api n mercun,apa lagi kita pun jadi ler guru disiplin..sambil tu sembg adik bradik,kemaskan apa yg patut,mkn2, tgok TV ..pas tu tertido..

Sunday, September 21, 2008

Hadiah dari AlongRoz



TQ Along atas penghargaan ini..bertuah rasa bila ada kwn yg best macam Along ni..sayang utk along n kwn2 cyber yg lain..

Kwn2 cyber yg lain..termasuk along, dik ina hana, azie, hazila,ummi..n sapa yg jenguk kat sini..juga dlm lis my best friend blog awards

Kad Raya dari Hana



Klau boleh nak kad raya yg canggih tu.. tapi apakan daya..ilmu pjg sejengkal jerr..so dapt ler kad raya yg statik ni..hehehe..mcm tak sedo diri lak..
Terima kasih dik ina, nnti akak belajo cari kad raya yg special khas utk dik ina.. Terima Kasih, terima kasih, terima kasih.. bila blik mesia nnti ajo akak camna nak ambik ya..

Friday, September 19, 2008

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis

Ari ni try buat kuih cara ni..dah lama brangan.. nmpk mcm susah jer..rupanya mudah saja mbuatnya..
Bahan2 nya:
1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan
Cara2:
  • Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati
  • Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
  • Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
  • Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Ramadhan 19..


Dah 19 hr berpuasa rupanya.. rasa M nak mmsk dah ada.. anak2 pun rasa cam dah jemu mkn d rmh.. so hri ni tetp mkn di rmh tpi menu diluar rmh.. oder pizza jer..

Thursday, September 18, 2008

Biskut Kacang Mazola

Biskut Kacang Mazola
Kukis ni buat semlm gak.. rspi dari dapur mat gebu.. TQ mat gebu coz kongsi rspi ni..
Bahan2:
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telurMinyak jagung/mazola secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan
Cara membuatnya:
  • Satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul rata.
  • Tuang minyak jagung/mazola sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
  • Canai 1/2 cm, terap dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan kerana biskut agak rapuh semasa panas.

Biskut Semperit@ Butter Cookies


Biskut Semperit
Buat kukis ni semlm blik skool ..bila kemaruk tu dah maksimum, penat camna pun tetap ku usahakan...hahaha.. Asal usulnya ialah biskut semperit, tak dan nak cari acuan semperit lalu ku belasah jer apa yg ada...TQ ibu cik fadzilah kerana memberi rspi orang lama ni..


Bahan2 nya
1 tin (340g) butter 'Golden Churn'
1 cwn gula halus
1 biji kuning telur
tepung gandum secukupnya..(disangrai n diayak)
Ceri/coklat rice utuk hiasan


Cara-cara
  • kacau butter n gula hingga berkrim/guna wisk
  • masukan kuning telur kacau sebati
  • masukkan tepung secukupnya n adun sebati, terap mengikut acuan kegemaran.. kalau terlebih tepung, tambahkan sedikit butter.
  • hias dengan ceri/coklat rice
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit.

Wednesday, September 17, 2008

Hadiah lagi..


Hadiah dr dik ina Hana .. cam perasan lak bila dpt hadiah ni.. cun ke.. eeee.. tak tau le yer..apa2 pun org mberi kita merasa.. TQ dik ina atas penghargaan ini..

Tuesday, September 16, 2008

Agar-agar Lapis Pandan


Desst buka pose smlm.. saja nak test thp kesabaran melapis tu...





Bahan2:
11 gm serbuk agar2
200 gm gula
1 liter air
1/2 cwn santan
Perisa Pandan
Pewarna hijau


Cara-cara

  • Didihkan air, serbuk agar2 n gula hingga larut.
  • Masukan perisa pandan n pewarna hijau
  • Sendukkan separuh agar2 ke dlm periuk lain(Periuk B)
  • Masukan santan dlm periuk B n kacau rata atas api kecil.
  • Ceduk 1 senduk agar2 warna hijau n masukkan dlm loyang yg sesuai, biarkn 2-3 min(separuh beku)
  • Tuangkan perlahan 1 senduk agar2 bersantan atas lapisan pertama, n biarkan 2 -3 min
  • Ulangi sehingga habis.. masukkan dalam peti ais.





Agar-Agar Lapis Pandan..

Monday, September 15, 2008

Hadiah Kelip2 dari Along..


Tengok tu Along.. kita dah post kelip2 tu.. TQ utk Along n dik ina coz tolong ajo nak idupkan kelip2 ni.. semoga hidup kita ceria n gembira cam kelip2 tu.. Kengkwn lain yg lum ada kelip2 ni boleh lah ambik yer..

Program Kecemerlangan...



Aktiviti untuk meningkatkan Kecemerlangan STPM for my subjek start kul 740 till 1020 am di Dewan ASBENTA..









Bersemangat mencatat tips menjwb soalan..











Kelako.. selingan .. takut ada yg dah tetido....





Sunday, September 14, 2008

Nasi Ayam Madu

Nasi Ayam Madu
Rspi ni ambik dlm gobok dik ina.. slalu buat nasi ayam .. tak prnh ikut rspi..main lebur jerr.. rasa nasi ayam ni mcm nasi ayam hainan.. mmg sedapp.. rspi kat bwh ni pun copipes dr dapur dik ina..sorry dik ina.. byk pahala coz memanjangkan ilmu ni..... TQ dik Ina..
Bahan-bahan
UTK NASI
Beras ( tadi cmpur bras basmathi + brs selalu..)
Air rebusan ayam secukupnya
rempah tumis 4 beradik
1/2 biji bawang besar - dihiri
1-2 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam knorr ( tak masukkan..)
daun pandan, garam
UTK SUP
1/2 ekor ayam
1/2 biji bwg besar - dhiris
2 ulas bwg putihsecukupnya
rempah tumis 4 beradik
1-2 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam knorr(tak masukkan..)
myk utk menumis,garam,daun sup,bwg goreng
UTK AYAM MADU
ayam rebusan
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar madu ( tadi tambah halia kisar..)
UTK SOS
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula ( tambah 1 sb sunkist.. coz terbca kat ogik dik ina.. tak ingat sapa)

Cara-cara >
  • Rebus ayam n halia ,angkat ayam n ketepikan.
  • air rebusan bhg 2. utk sup n nasi
  • UTK NASI - tumis bwg,rempah tumis hingga naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam,halia, serbuk pati ayam,daun pandan,garam.kacau rata.
  • masukkan beras n masak seperti biasa.
  • UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan lebihan air rebusan n masukkan serbuk pati ayam knorr n garam.
  • ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.
  • > UTK SOS - blend yang bertnda *.
  • Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam.
  • Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
  • > UTK AYAM MADU - ayam yg dh direbus td campurkan ngan kicap manis n madu.
  • Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng. ati2 kadang meletup2 sbb ayam nih agak berair. bleh juga dbakar menggunakan oven. alaskan plate ngan aluminium foil n masak smpai kehitaman sedikit. ( Kita bakar ayam tuh...)
  • > SOS KICAP - lebihan perap ayam madu masukkan sedikit sup ayam.

Getuk Pisang..

Getuk Pisang


Bekalan gi skool masa dulu2.. la ni anak2 bawak mash patato or nugget gi skool.. bila ada ubi mak buat getuk ubi lak.. masa tu gi skool jln kaki jerr..kul 630 dah kuar rmh.. anak2 klau kita story semua tak percaya..apa pun sekali2 mkn mmg sdapp.. asalnya nak buat greng pisang pekena dgn sambal kicapp.. tpi tgok pisang nipah tu still hijau lgi.. dpt idea.. dah lama tak mkn pisang rebus.. lagi sedap buat dgn pisang nangka.. pisang nipah susah nak mash.
Maka ku turunkan secret receipe ini atas permintaan cik epel kita tu...hahaha...
Bahan2 :
5 - 6 biji pisang nangka/nipah tua/sederhana masak.
2 -3 senduk kelapa parut
4 sb gula/
sedikit garam

Cara-cara:
  • Rebus pisang sehingga masak (didih 5 -6 minit)
  • Keluarkan pisang ,buang kulitnya dan hancurkan(mashed) dlm bekas yg sesuai
  • Masukkan kelapa, gula n garam n digaul rata..

Puding Roti lagi..

Puding Roti

Ini menu dsrt smlam.. anak2 mmg suka puding roti..gi ngendap umh dik ina ada pulak pding roti..bhan2 asas ikut jer dik ina punya.. tak boh epal coz dah abis dibuat jus 3 hari berturut2.. tak sempat pun nak buat kuah.. dah pun azan so anak2 bedal jer dgn whipping cream.. Rspi ni kopipes dr dpur dik ina, pemilik asal Yani (MYR) TQ ke dua2 krna berkongsi rspi..

Bahan-bahan
[ Apple syrup ] (Tak boh apple.. boh raisin jerrr.. klau ada lain kali nak try..
2 biji epal hijau (small size)
60g raisin
60g butter
30g gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
[ Sos puding ]
3 biji telur gred A
125g gula halus
500ml susu segar
sedikit esen vanila
1 bungkus roti sandwich
Cara-cara
Sediakan Apple Syrup:

  • Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.(Tak boh..)
  • Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk.
  • Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api.
  • Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.
    Sediakan sos:
  • Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut.
  • Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
    Sediakan puding:
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4) Aturkan kepingan roti ke dalam loyang.
  • Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya.
  • Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
  • Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut.
  • Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree.
  • Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.- sos yang lebih panaskan sekejap then curahkan atas pudding.

Kuih Makmur

rupa sblm dibakar...

Kuih Makmur..
Stat buat kuih favt dulu..kuih orang dulu2, tgok adunan tu rasa dah hijau ssgt.. bila kena bakar cam kurang hijau lak..kena lebihkan wana lps ni..kekonon nak bri mak seteng..nmpk gaya tak smpt raya biskut ni dah tinggal gula jerr.. penat gak nak myepit.. tpi dek kerana kemaruk tu dah dtg.. layan jer smpi kul 12 mlm..lum smpt lagi nak boh rspi ..sumber rspi ni Kak fida di MYR.. TQ kak fida.. kita copypaste kat sini..

Bahan2 doh : (sy buat 1/2 adunan sahaja)

11/2 kilo tepung gandum (anggaran- ikut sehingga boleh dibentuk)
250 g mentega - lembut (Golden Churn)
1 sb minyak sapi
1 sk garam halus

Bahan2 inti :-
600 g kacang tanah di panggang, buang kulit n dikisar*
250 g mentega - lembut *
400 g gula serbuk*
sedikit garam*
gula kastor/serbuk utk tabur secukupnya

Cara2 membuat doh :
  • Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
  • Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun , atur dlm dulang pembakar .
  • Bakar pada suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn gula.

Cara2 membuat inti(disediakan awal) :-

  • Satukan bahan bertanda *
  • Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh

Anak sapa ni..

Harap2 ada orang kenal sapa bbdk dlm pic ni.. clue nya family day di Melaka....

Tag dari Hazila..

Pi umh Hazila..dpt hmewrk lak.. try buat lah....

1. Nama timangan-
Kengkawan panggil zana, adik2 pggil kak long.
2. Saya seorang yang -
Peramah, happy go lukcy,kkdg tu sensitif, suka shoping, suka mjahit, tidak suka bertangguh..konon jerr..
3. Insan2 teristimewa -
Mak,Abah,HB, anak2, , adik2 n Kawan kawan...
4. Makanan -
Thai food.. bestnya kerabu mangga n siakap stim..
5. Favourite colour -
Coklat kkdg oren, merah pun suka.
6. Favourite song -
bila tension..lgu2 rancak espclly masa bawa kete sorang2 mesti melalak2 speaker tu..
7. Benda yg membuat anda stress -
Bila nak tanda ketas peksa
Bila banyk keje
Bila menunggu
Bila tak da paking..
8. 3 benda dalam wallet -
Duit , IC n Lesen memandu
9. Kali terakhir menangis beriya-iya-
Semalam le.. masa kursus PERASA 2 tu.. air mata kuar sdiri.. tak suruh2 pun..EQ n SQ tinggi le katakan..
Nak pas kat sapa lak.. nmpk hazila dah byk pas kat mmber2 yg rajin menziarh tu.. anywy ssapa yg dtg kat sini sudi2 kan le mgambilnya.. TQ Hazila..

Saturday, September 13, 2008

Ramadhan 13.. Profesionalisme 4


Sabtu hari ni diisi dgn pgrm ilmu yg sgt bermakna..mengingatkn yg lupa n meyedarkan yg leka.. cam aku ni.. lps takzirah, buat PERASA lak.. melimpah2 air mata bila diingatkan ttg pengorbanan ibu..

Friday, September 12, 2008

Udang Goreng Kunyit

Udang Goreng Kunyit
Rasa nak mogok mmsk jerr.. coz bila msk tak pernah abis.. klau bli pun tak abis gak n kkdg kul 8 dah basi.. lasty masak simple jer udang ni.. udang boh kunyit n garam, goreng, ketepikan, masukkan bwg besar, bwg putih, lada hijau n kacang pjg yg di potong, goreng hingga layu n gaul sekali dgn udang.. angkat toskan guna penapis( coz berminyak) n dah siappp..

Puff Serunding Ayam..

Puff Serunding Ayam
Dah lama berangan nak buat puff ni.. klau gi dapur k.ummi mesti skodeng puff k.ummi.. first time buat ni.. guna brand "Kawan" n filling serunding ayam (kirim kwn yg bcuti ke Kelantan), lain kali nak try filling apple lak.. seronok bila menjadi.. apa pun rupanya tak brapa lawoo.. rasa tetap hebatt..

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan 11.. Soto..


Rese nak buat soto ni dtg ttiba jer.. dah smpi umh bru ingt taugeh tak de..nak kuar mmg males n rasa nak layann mata ni jab.. sedo2 jer trus gi dapor.. nsib baik tak kering air rebus ketupat segera tu..pesan kat adik 4 kedai gi taugeh tak de..rupanya pasar bsr tutup ari ni(ada psar tani).. makan le anak beranak soto botak ni.. sempat buat bergerdel lak tu.. asal ada sambal kicapp..apa jek akan jadi sedapppp... n nak anto kat dik ina kat jepun tu..

Wednesday, September 10, 2008

Hadiah di Ramadhan 10..









Hadiah2 yg diangkut dari umh Azie , Hana n Along... Terima Kasih..daun keladi klau ada berilah lagi.. juga dpanjangkan kpd Hazila n sesapa yg lalu kat sini... TQ so muchhhh...



Tuesday, September 9, 2008

Bubur Som Som

Karipap Segera..

Kawan beri.. goreng je sendiri ...

Bubur Som Som

Buat sendiri... favorite aimman..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin