Asalammualaikum dan Salam Sejahtera ..
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder.
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- Saya tambah perisa strawbery
- saya letak sedikit esen vanila.
- Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek. - Topping250 g cream cheese150 g susu pekat manis250 g nondairy whiping creamParutan Cheddar cheese secukupnyaCara:1.Pukul non diary whiping cream hingga bertanduk.2.pukul cream cheese hingga kembang kemudian masukkan susu pekat. pukul sebati pastu masukkan non diary whiping cream. pukul/gaul hingga sebati.
yang ni versi .. makan guna sudu.. buat utk bekal aimman balik shah alam hari tu..
yang ni versi potong2.. utk mkn dgn kwn2 di BG... mmg lomak bertingkek-tingkek...