Thursday, July 28, 2011

MIA Sayang !!!

Kegilaan terkini.. anak saudaraku yg ke 4.. or cucu abah yg ke 6.. anak sulung adik kesayangan ku Cikgu Zafrina.. huuuu.. lahir pada 24 Julai 2011(Ahad) jam 3.14 pm di Hospital Sultan Ismail Pasir Gudang secara pembedahan... buchuk2 maklong yg belum bernama.. tpi maklong dah boh nama Hannah Damia.. 'mama n daddy nya masih confius nak boh nama'.. hihihi.. so maklong panggil mia dulu.. coz maklong suka nama mia.. huuuuu... abg aiman suka mia sara.. wakakaka.. hujung minggu ni pagi2 subuh maklong akan dtg rmh mia.. terjah mia n soping2 utk mia.. beruntung mama mia dapat cuti sekolah hampir 5 bulan... smga mama mia cepat sembuh n mia cepat besar.. miss mia....

Saturday, July 23, 2011

PECAL JAWA

Jom makan2...

PECAL JAWA
(Sumber : Hana's Family)
Bahan-bahan
Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya
Ulam2an@Sayur2an
  • Kangkung @ pucuk ubi - celur
  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2


Cara-cara
  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

sup petola ..
ikan kecik2... goreng kering2.. semuanya utk ratah2...

Sunday, July 17, 2011

ROTI JALA 2

Roti Jala n kuah durian... mencuba botol muncung 3 (acuan roti jala) yg dibeli dari Cik Mimi.. sangat mudah .. tak rugi membelinya.. sesiapa yang belum ada tu bolehlah membeli belah di Aku dan Kehidupan.. macam2 ada..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


Friday, July 15, 2011

CHEESE CAKE

Simple baked cheese cake.. resepi Biduri dari MYR.. hari tuh ternampak dapur fiza nordin.. tq fiza..

Cheese Cake
(Sumber : Myresepi)

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


Monday, July 11, 2011

KUIH LAPIS COKLAT

Resepi Chef Hanieliza.. CP dari dapur kak ummi.. tq kak liza n kak ummi..


KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis
(Copypaste : Kak Ummi Home Sweet Home)
Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas.

Bahan C:

  • 1/4 cawan air suam

Cara-Cara:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin