Rupa kuih beko... kecewa jugak tak dpt permukaan yg mengerutu seperti di dapur shiela .. silapnya mungkin menggunakan kelapa parut yang telah di 'frozen'kan...tak kisahla.. akhirnya dapat juga merasai kuih beko ni.. yang seakan2 kuih dangai tu .. saya guna mould tako non-stick.. mmg mudah keje kan chik mi
KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
* Acuan tu sy leser dgn majerin tu yg lg sdp rasanya