Saturday, April 27, 2013

CARAMEL CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Tekak teringin nak makan cheese cake pulak.. tgok Sari (Seri Kandi Tanah Jauhar) buat siaran ulangan caramel cheese cake nya  menjadi2 lah 'kemencer'  saya...  resepi saya ubah suai ikut stok yg ada di rumah....memang nak kene letak bahan/buah yg ada rasa masam2 baru bertambah sedap melayan cheese cake.. lain kali la...terima kasih sari yusa.


Toffee Cheese Cake With Fresh Blueberry
Adaptasi : Toffe Cheese Cake
Sumber : Alam Sari, Masam Manis dan Epicurious

Bahan-bahan & Cara-caranya :
Lapisan bawah :
1 1/2 bungkus biskut Cream O (pisahkan krimnya)/ saya guna biskut marie (11/2 cwn)
60 gm mentega cairkan (biar suam sekejap)

Kisar biskut dengan pengisar kering hingga halus dan satukan bersama mentega sehingga sebati.
Letakkan dalam acuan pie 7".
Padatkan biskut dalam acuan sehingga ke tepi acuan atau dasarnya sahaja mengikut ketebalan yang sesuai, jangan terlalu nipis.
Simpan dalam peti ais anggaran 1 jam. (Nak simpan satu hari pun boleh juga)

Cheese Cake
125 gm cream cheese ~ keluarkan sekurangnya setengah jam sebelum digunakan.
3 sb gula perang
15 gm mentega ~ dicairkan
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah blueberry secukupnya/ saya tak letak

Panaskan oven dengan suhu 170 darjah selsius.
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Keluarkan acuan pie yang ada lapisan bawah tadi dari peti ais.
Tuang adunan cheese cake ke dalamnya.
Taburkan buah blueberry ke atas adunan.
Masukkan dalam oven -tray tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
Biarkan sejuk.. atau kalau dah suam boleh masuk peti ais.

Caramel
6 sb gula
sedikit sahaja air
1/4 sudu teh jus lemon
1/2  cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream (boleh juga 1/2 kotak tuang terus dari kotaknya jadik tak payah nak basuh-basuh cawan.. hehe)
sedikit mentega

Masak gula, air dan lemon dengan api perlahan (kecil) hingga keperangan sambil dikacau-kacau selalu. (Jangan tinggal nanti hangus.. kena sabar tunggu perang.. nanti dia letup-letup sikit, jaga-jaga ya)
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau lagi hingga ia pekat (sekejap jer dah pekat)
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat... tutup api.

Biarkan suam.
Hidangkan bersama cheese cake tadi mengikut citarasa anda.. sama ada nak tuang caremel dulu baru potong atau potong dulu baru tuang caremel. Sama ada nak letak banyak caremel atau tak nak letak pun tak apa, jadi tak payahlah buat caremelnya, hehehe.

Saturday, April 13, 2013

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Teringin nak makan muffin yg panas2.. merajinkan diri sebelum bersiap2 menghantar aimman ke INTEC minggu lepas.. Copypaste resepi dari dapur KNor Secubit Garam.. Terima kasih Yani tuan punya resepi asal...

MUFFIN COKLAT 
resipi : Yani

Bahan:
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara:
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh (K.Nor letak 3/4 penuh cup)
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.



Award dari NaSya.. terima kasih Nasya atas ingatan.. smga persahabatan terus berkekalan..

Saturday, April 6, 2013

LASAGNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Baru sempat me'lasagna'.. lama sudah bertangguh..memang berbaloi buat sekotak lasagna ni.. dpt 2 loyang ( 1 besar n 1 kecik).. puas makan.. mewah serba- serbi... resepi saya copypaste dari dapur "Dunia Cinta Kami".. terima kasih yana dan  tuan punya resepi asal..saya tak letak bayam spt yana ye..




LASAGNA
Sumber cuci mata : Kak Ita @ masam manis

KUAH DAGING

300 g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sbb berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2 ~ 3 batang celery ~ yana xletak xde stok
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ didadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
1/2 biji bawang besar holand ~ dadu ~ yana tambah
Sedikit lada sulah
garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 capsicum merah ~ dihiris
1/2 biji capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah ~ yana xletak
sedikit lada hitam ~ ita tambah ~ yana tambah jgk
sedikit oregano kering ~ yana tambah
2 batang sosej ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak kemudian masukkan daging cincang. Ita tambah kiub daging. ~ yana tambah sosej
  3. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak.Tambah garam ( lebihkan air pun xpe sbb tujuannya utk lembutkan kulit lasagna kemudian )
  4. Masukkan prego dan sedikit gula jika perlu.
  5. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Last masukkan oregano kering ( yana tambah ) kacau dan tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  6. Setelah kuah daging siap ketepikan. kita sediakan cheese sauce
CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115 g cheedar cheese ~ mozarella pun boleh tp cheedar/cream cheese senang cair utk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cairkan mentega. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  2. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul barulah dipanaskan semula
  3. Masukkan cheese, kacau setiap masa masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
BAHAN HIASAN

1 kotak instant lasagna ~ bergantung pada besarbekas caserol
Hirisan cheedar cheese ~ utk tabur atas
Serbuk parmesan cheese ~ ita tambah jika suka ~ yana xletak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar ~ ita tambah jika suka ~ yana xletak
1 pokok daun bawang ~ dihiris utk tabur atas
Daun bayam hijau secukupnya ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas caserol atau bekas aluminium. Oles bekas dgn butter.
  2. Lasagna tak perlu di masak ye! Atur kepingan didasar bekas caserol hingga menutupi dasar bekas.
  3. Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu dimasak terlebih dahulu.
  4. Tuangkan sedikit cheese sause tadi. Tabur daun bawang. Yana xletak daun bawang tapi ganti dengan bayam hijau.
  5. Ulang langkah ini disetiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas.
  6. Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna.
  7. Tuangkan baki cheese sauce.
  8. Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi.
  9. Tabur hirisan cheddar cheese dan parmesan cheese.
  10. Akhir sekali tabur lada hitam jika suka.
  11. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila dicucuk dengan lidi.
  12. Keluarkan lasagna yang telah siap dibakar. Biarkan sejuk selama 20 minit sebelum dipotong.
  13. hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin