Saturday, January 30, 2010

Rare Cheese Cake di BG..

Breakfast cheese cake di pagi khamis... lokasi di bilik guru.. .. dah lama berniat nak menjamu kengkwn dgn cheese cake ni.. kebetulan melayan stok cream cheese ku yg se kilo itu.. cream cheese ni klau beli 2 kg dpt harga lebih murah RM 45 .. kongsi dgn kwn sorang se kg.. kos cuma RM 22.40 saja...klau beli yg 250 gm kos nyer hampir rm 10.00.. berapa byk boleh jimat kan.. so utk kwn2 di BG, akk mmg tak ambik order.. klau nak buat sendiri eh.. senang jer..resepi pun akk dah printkan.. klau nak buat LDP pun boleh..hihihi.. klau nak ilangkan tension selain pi soping moping.. memasak pun boleh jadi terapi jugak.. mmg bekesan.. tension ilang.. badan pun boleh kembanggg..
tengok tuh sapa punya jempoll.. jempol ehsan dpd nida n jai...hahaha..
Ampun untuk tuan asal usul resepi ni.. saya telah permudahkan untuk kwn2 yg baru nak mencuba ..resepi asal ada di dapur kak zai, pas tuh hana dan Hasue.... kek ni mmg sedapp.. n tq semuaaa...

Bahan-bahan ( 18cm )
Bahan-bahan A:
250 gm biskut marie
125 gm mentega dicairkan

Bahan B
250g cream cheese
30 g gula halus
40 ml lemon jus
200 g vanilla aiskrim

Bahan C
15 g gelatin halal/halalgel 20gm/bgks
100 ml air panas

Bahan D
*2 biji epal merah /hijau
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus

Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk cream.
4. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
5. Campurkan gelatin dengan air panas , kacau hingga larut dan masukan ke dlm adunan cheese n kacau sebati.
6. masukkan epal, kacau rata n tuangkan adunan ke dalam aduan biskut. Simpan dalam peti sejuk.

Saturday, January 23, 2010

Rainbow Marble Pudding

Rspi dari dapur kak ummi kuantan...rasanya geng2 kaki masak dah ramai yg mencuba.. tak rugi mencuba...sedapp

Bahan:-
  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning
Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..



Siakap Stim againnn...

mmmmmmmmm.....

Sunday, January 17, 2010

Bubur Putih Bubur Merah

Tiba-tiba tekak ni teringin nak makan bubur ini.. mmg dah lama tak makan.. kecik2 dulu bila mak sebut buat 'bancaan' sikit .. mende ni lah yg selalu dibuatnya.. tak tau lah.. ini warisan org jawa atau org kg dulu2.. biasanye mak buat bila ada sesuatu berita gembira atau terlepas dari apa2 musibah.. sebagai tanda kesyukuran..seperti bila mak dah selamat bersalin.. nenek akan buatkan bubur ini..,bila abah lulus ujian motor.. hihihi.. bila anak2 lelaki mak masuk jawi.. bila ank2 mak dah stat menapak kaki.. bila anak2 mak lulus periksa...n mcm2 lagi.. habis suku kampung dapat merasa bubur ini..kita lah yg kene menghantar ke rumah jiran tetangga.. hari ini , saat ini situasi itu telah tiada... sekarang kalau ada berita gembira.. pasti akan nampak khemah didepan rumah.. ada kad2 jemputan.. pas tu ada 'becehan'... hihihi.. zaman telah berubah... macam2 cara untuk menunjukkan rasa kesyukuran..
yang ini untuk jiran2 ku.. sebagai tanda kesyukuran atas semua nikmat yang dilimpahkan NYA.. Syukur Alhamdullilah...
(Pulut masak sampai kembang.. cam msk bubur nasi + 2 helai daun pandan + sedikit garam.. bila dah kembang masukkan santan secukupnya.. hihihi..tak da sukatan.. bila dah mendidih ..keluarkan semangkuk untuk bahagian putih... yang selebihnya bubuh gula merah+ gula pasir secukup rasa.. msk sehingga gula hancur.. siappp)

Salmon Panggang Asam..

Kita panggang salmon ni.. lumur asam jawa n garam.. panggang.. mkn cicah sambal lonteh..

Kailan Goreng Sos Tiram

Sambal Lonteh

lebih sedap klau ditumbuk menggunakan lesung.. terlebih blend.. hancusss...resepi yatie di MYR... TQ

Bahan-bahan ( 5 orang )
3 biji cili merah
10 biji cili api hijau + merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1 camb ikan bilis
sedikit gula
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
sediakan bahan2 untuk digoreng sebentargoreng dahulu ikan bilis dan bawang merah/putih sehingga garing. toskangoreng pula cili merah, cili api sehingga layu sahaja, jangan lupa tutup kuali takut cili api meletup. ketepikantumbuk semua bahan tadi sehingga agak lumat dan curah limau kasturi tadi.

Saturday, January 16, 2010

Sup Daging Merah


Resepi dari dapur Ros Jintan Manis.... memang sedapp... TQ ros kerana berkongsi resepi.. akk minta izin CP resepi ...

Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( ... guna daging ade tulang ...)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.

Arrow Head

Tak pernah makan benda ni sebenarnya.. bila tgok ramai nyonya2 berebut memilih.. excited jugak nak tau.. bila tanya Lili my friend di sekolah .. dia beritau benda ni byk dijual semasa nak tahun baru cina.. untuk buat snack @ kerepek ... boleh tahan jugak rasanya..lemak2 n manis2 buah ...masa goreng boh sikit garam...sedappp...
arrow head

Wednesday, January 13, 2010

Rare Cheese Cake

Semalam terpandang kek ni di dapur Hasue.. n semalam juga agenda mengecis pun bermula.... mengunakan bahan2 yang seadanya di peti ais.. hihihi.. ya ampunnnn... kenapa rare cheese ku berwarna purple pulak ni.. hihihi.. bukan derhaka.. kek ni mmg menjadi.. oleh kerana aiskrim yg ada berperisa yam n coconut.. kita kene terimalah seadanyer yer... TQ hasue kerana berjaya mengoda semangat ku... TQ Yani.. tuan tanah MYR... resepi CP dr dapur Hasue..

Bahan-bahan ( 18cm )
100g biskut > sue guna 50g biskut oreo + 5og biskut marie
45g mentega- dicairkan
250g cream cheese
200g vanilla aiskrim .. guna yam n coconut ice cream
40ml lemon jus
30g gula halus
40ml susu segar
10g gelatin + 3 sudu besar air
*2 biji epal merah .. ganti epal hijau..
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
6. Lepas tu masukkan pula epal yg telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.
saya.. kalau bab2 mndeco ni mmg fail.... tak cantik mane pong...

Sunday, January 10, 2010

Paprika Chili Steak

makan2.. untuk hilangkan stressss... stress hilang penyakit lain pulak yg dapat.. hihihi.. makan sikit2 n sekali2 tak pe..
rsepi dari allrecipes.com... nak buat blackpepper sos malas.. so belasah yang ready made jer..
Ingredients
1 medium onion, chopped
1/2 cup ketchup
1/4 cup cider vinegar
1 tablespoon paprika
1 tablespoon canola oil
2 teaspoons chili powder
1 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
1 1/2 pounds beef flank steak
Directions
1. In a large resealable plastic bag, combine the first eight ingredients; add steak. Seal bag and turn to coat; refrigerate for 3 hours or overnight, turning occasionally.
2. Coat grill rack with nonstick cooking spray before starting the grill. Drain and discard marinade. Grill steak, covered, over medium-hot heat for 6-8 minutes on each side or until meat reaches desired doneness (for medium-rare, a meat thermometer should read 145 degrees F; medium, 160 degrees F, well-done, 170 degrees F. .. grill atas pan jer...

simple salad.. kobis + karot+ mayonis+ lada hitam + susu sikit
kentang bakar... kentang rebus+ garam+lada hitam + slice cheese...bakar 15 minit

Friday, January 8, 2010

Coconut Blossom


Sekejap saja dah pun seminggu bersekolah.. bukan saja guru2 yg sibuk.. rasanya semua ibu bapa pun sama2 sibuk.. sibuk nak men'tune'kan semula perkara2 yg dah lama bcuti...

dah seminggu juga dapurku tak berasapp.. bukan malas.. hihihi.. tapi tak sempat.. helah beladiri nih.. Sabtu lepas sempat mencuba resepi coconut blossom dari dapur mama hawa.. walaupun tak berapa nak blossom .. pasaran tetap laris.. tak puas hati lagi.. lain kali nk cuba lagi.. TQ untuk Asmah Laili n mama hawa .. berkongsi resepi.. resepi CP dr dapur mama...

Bahan "A"
3 biji telur ayam sejuk
270g gula halus
300g tepung Hong Kong atau Top Flour - sy gunakan tpg hongkong..
150ml coconut cream - santan kotak
30g air daun pandan
2 1/2 sudu teh baling powder
1 sdm ovalette
Sedikit pewarna hijau
Beberapa mangkuk kertas & acuan kuih lompang atau acuan tin yg kecil2

Bahan "B" inti
240g kelapa parut putih
120g gula melaka
30g gula pasir
60ml air
1 sdm tepung jagung
2 helai daun pandan

Cara "A"
1. Semua bahan dijadikan satu, kecuali warna hijau. Pukul sehingga pekat. Barulah dimasukkan warna hijau & kacau sehingga rata.
2. Masukkan satu sudu makan adunan kedlm mangkuk kertas & letakkan sedikit inti ditengahnya. Timpakan diatasnya satu lagi sudu makan adunan, kemudian masukkan dedlm acuan kuih lompang.
3. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari kukusan & sejukkan.

Cara "B" Untuk Inti
Masukkan gula Melaka, gula pasir, tepung jagung, daun pandan & air kedalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula kelapa parut & kacau sehingga rata. Masak dengan api yang sederhana sehingga kering.

versi blueberry blossom..


Monday, January 4, 2010

E-ein ku sayang...

Semalam budak tecik ni datang umahhhh....masih terbayang aksi e-ein yang mmg tengah aktif meneroka mane2 ruang yang dia suka.. teringat e-ein buat spot chek kat bawah karpet n tikar auntie... huuu.. lucu sekali ..pas ni klau eein nak dtg rumah ... auntie kene clear everything kt bawah karpet.. hari ni baca N3 e-ein jatuh dari baby cot pulak.. sedih bila bayangkan e-ein menangis kuat tuh.. nnti autie rotan mama eh.. semalam autie tak dpt ambil pic e-ein..kebetulan bateri kamera abis pulak.. kepada Catlina n Cgfly.. terima kasih tak terhingga kerana sudi datang rumah.. lain kali bila2 ada kelapangan datang lah lagi yer...

Friday, January 1, 2010

Daging Grill Lada Hitam & Air Asam

Inspirasi dari dapur Ika nun di siam.. sedappp n mmg jempoll... pekene pulak dengan air asam tuh.. daging batang pinang perap bersama garam,halia n lada hitam.. saya bakar/grill atas kuali jer..
Untuk air asam .. tidak ada sukatan yg khusus.. mesti ada daun ketumbar yer..

Bahan2 nya
Cili ikut pedas.. lagi pedas lagi best..
air asam jawa,
sos ikan,
gula,
sedikit belacan,
bwg putih,
sos tomato dgn sos cili sikit.. semua bahan2 di atas di 'blend'
Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!....

ayat2 ni copy dari dapur Ika.. TQ ika..

Terung Goreng Kicap


Sedapppp... pedasssss .... berapiiiii... resepi dari dapur Hana ... orang jawa mmg suka masak kicapp.. betul ke.. sardin kicap.. sambal kicappp...

TERUNG GORENG KICAP

Bahan-bahan
3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
*10-15 biji cili padi
*1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
* 4 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu makan ikan bilis
3 sudu makan kicap manis
jus limau kasturi@air asam jawa
segenggam ikan bilis goreng
segenggam bawang goreng
garam - jika perlu


Cara-cara
Goreng terung hingga masak.ketepikan.
Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

Tahniah untuk Ros...

Indoor Gift dari Ros ... TQ ros n tahniah.. semga Ros terus aktif berblog n bersiaran dengan resepi yang hebat2..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin