Alhamdullilah.. dapat menikmati snow cheese cake yang sangat 'mabeles' hasil air tangan sendiri.. dengan deko compang camping tak tentu arah.. dpt dikaburi dengan taburan cheese yang serba mewah.. memang tak rasa jemu mengunyah.. petang semalam ternampak jugak di dapur MamaFami's.. saya CP resepi dari dapur Kak Zai Teratak impian.. terima kasih kak zai juga terimakasih kepada Sherry Mz di MYR tuan punya resepi.. Selamat berhujung minggu n pagi ni saya bersiap2 nak ke Shah Alam lagi ....
Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder- tak letak
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- saya letak sedikit esen vanila.
- UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- UTK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya./lainkali kena beli parut yg halus matanya..
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.