Sunday, October 7, 2012

SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Alhamdullilah.. dapat menikmati snow cheese cake yang sangat 'mabeles' hasil air tangan sendiri.. dengan deko compang camping tak tentu arah.. dpt dikaburi dengan  taburan cheese yang serba mewah.. memang tak rasa jemu mengunyah.. petang semalam ternampak jugak di dapur MamaFami's.. saya CP resepi dari dapur Kak Zai Teratak impian.. terima kasih kak zai juga  terimakasih kepada Sherry Mz di MYR tuan punya resepi.. Selamat berhujung minggu n pagi ni saya bersiap2 nak  ke Shah Alam lagi ....

Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • saya letak sedikit esen vanila.
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya./lainkali kena beli parut yg halus matanya..
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Friday, October 5, 2012

KEK MARIE BATIK


Assalamualaikum & Salam Sejahtera ... 

Resepi mudah.. hasil kerja adik .. saya cuma tolong siapkan loyang n tekan2 dlm loyang jer.. buat  1/2 adunan dari resepi .. terima kasih kak ummi yg sedang menunaikan fardu haji  .. smga beliau dan suami mendapat haji yang mabrur...

KEK MARIE BATIK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:

  • 600 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis (boleh juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
  •  Cara Membuat:-
    1. Griskan loyang 9 x 9 x 3 inci dengan mentega rata-rata, ketepikan.
    2. Campurkan kesemua bahan kecuali biskut ke dalam kuali.
    3. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
    4. Kemudian tuangkan/cedukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan rata dengan sudip atau penekan kek lapis.
    5. Masukkan dalam fridge lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru lembut dipotong. SELAMAT MENCUBA...
  •