Saturday, February 25, 2012

KUIH BEKO/BINGKA KELAPA

 Rupa kuih beko... kecewa jugak tak dpt permukaan yg mengerutu seperti di dapur shiela .. silapnya mungkin menggunakan kelapa parut yang telah di 'frozen'kan...tak kisahla..  akhirnya dapat juga merasai kuih beko ni.. yang seakan2 kuih dangai tu .. saya guna mould tako non-stick.. mmg mudah keje kan chik mi
  
KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
Resepi : Kak Wan
Sumber : Nshafereen

Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka


Cara-cara:
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
* Acuan tu sy leser dgn majerin tu yg lg sdp rasanya 



Monday, February 20, 2012

TALAM ROTI PAUN

 Gigih menalam di petang hari Isnin... menghabiskan hujung minggu di Kuala Pilah... masih teringat2 lagi pada abang... agak rasa kurang senang jugak bila teringat abang bercerita tentang makanan di kem... sambil makan ayam goreng yang ibu bawa.. abang kata ' kat sni makan ntah ape2 bu.. selalu ada menu hati ayam n hempedal ayam jer .. '  hohoho... sedih jugak .. bila teringat yg anak2 kt rmh ni  tak biasa dgn makanan yg sebegitu.. bersabar lah anakku aimman.. smga semuanya akan segera berakhir... anggaplah ini satu pengalaman hidup yang sangat bermakna... dan kita mesti sentiasa bersyukur dgn limpahan nikmat yang diperolehi... Syukur Alhamdullilah...

 Cerita talam pulak... satu lagi talam dari dapur Yatie  Sinar Kehidupan  yang sangat sedappp... memang rasa myesal kerana lambat mencuba.. dah 2- 3 hr terpandang di dapur Mas n hari ini di dapur Azlita Masam Manis pulak.. dengan idea kreatifnya.. meyebabkan saya kelam kabut ke kedai mencari roti butterscot ... Resepi saya CP dari dapur Yatie.. terima kasih yatie n tuan punya resepi asal Chef Asma..
  
 TALAM ROTI PAUN
(Resepi Asal : Chef Asma)
Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2/ saya guna 7 keping roti butterscot dan selebihnya roti putih
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur... ( saya letak 2 biji ... kehabisan stok pulak...)
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Thursday, February 16, 2012

BISKUT FAMOUS AMOS

Tiada rupa.. but rasa mmg kelasssssss..... coklat chip ada di dlm.. malu2 gitu..         hihihi...    tn tanah malas nk mgatur biji2 coklat tu..

Sibuk!!... perkataan yg semua orang tahu maksudnya... dalam kesibukan mencari ilham membina soalan ujian@PK 1.. perasaan ini membuak2 pulak nk merasa biskut famous amos yg telah merata tayangannya.. dah lama jugak sebenarnya mengintai rspi ni dari dapur NAZ (SINI)  yg rajin membiskut tu.. tapi biasalah time sibuk nk buat keje sekolah msti ada jer helah nk menangguhkan kerja2 wajib tu.. keutamaan tekak mendahulu segalanya... hihihi.. Terima kasih  kepada MrNamie yang sudi berkongsi resepi dan NAZ jugak yang telah memanjangkan rasa biskut hingga ke dapur akk.. mcm selalu la..mmg ada sesi puji-pujian bila dah mencuba rspi.. mmg sedap sangat biskut ni walaupun bahan2nya simple shj.. .. pasti akk akan membuatnya lagi..  terima kasih SEMUA!>> dah .. dah zana.. buat soalan ujian tu...

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
(Sumber : MRNAMIE) 
(Boleh  juga rujuk  di SINI (Naz- Cute Oven, Small Kitchen)
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

Friday, February 10, 2012

KEK MARBLE TRIO

Yesss.... akhirnya tercapai juga hajat nak makan kek yang panas2... mencuba resepi kek Cik Mat Gebu yang popular tu.. terima kasih Cik mat kerana berkongsi resepi .. saya suke rasa kek cik mat ni.. rasanya selepas ni akan banyaklah siaran ulangannya...
  
KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....
testing !!.. pertama kali guna acuan silicon..

Tuesday, February 7, 2012

SAMBAL TELUR CEPLOK...

 Menu biasa2 aje.. makan bersama nasi tak kira panas @ sejuk, roti, biskut cream kraker pun boleh  .. layannnn...

dalam kuali...
SAMBAL TELUR CEPLOK  my style...
(oleh : Inspirasiku)
Bahan-bahan:
  • 5-6  sb lada kisar
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang kecil merah*
  • 1 biji  bawang besar- potong2..
  • sedikit ikan bilis* / ganti belacan pun boleh...
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 5 biji telur
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan masukan bahan kisar dan lada kisar dan bawang besar.
3. Masaklah sehingga berbau harum dan naik minyak
4. Masukkan air asam dan perisakan garam dan gula.. biarkan sebentar
5. Pecahkan telur dan biarkan telur masak, perlahankan api.. balikkan telur supaya masak kedua2 bahagian..  jika kering boleh tambahkan sedikit air.. tak perlu dikacau (utk mengelakkan kuning telur pecah)
6. Apabila kuning telur dah masak.. sedia utk dimakan...


Monday, February 6, 2012

di Kem Karisma PLKN Kuala Pilah...

Masih teringat2  dengan kehilangan 'style' rambutnya yang asal... hihihi .. 5 Feb di Kem PLKN Karisma.. kulit dah bertambah gelap.. muka pun cam dah tak berjaga.. aduhai anak ibu.. badan memang dah slim ..  dek kerana agak memilih makan dan kurang selera makan.. bersabar  yer anak ibu.. semoga anak ibu terus diberi kekuatan fizikal dan mental dan kesihatan yang baik  sepanjang mengikuti prgram ini.. ibu juga sama2 count down bila la nak abis plkn ni... huuuu

 makan2... join sekali anak kawan...


berkelah di kuala pilah...
Nasi tomato/ayam masak merah/sup ayam...
 Rich Oreo Choc Brownies
 lama dah tak buat keje angkut-mengangkut camni... puas n rasa seronok...

Saturday, February 4, 2012

KUIH KASWI


Kuih kegemaran saya  ... anak2 mmg tak suka kuih2 lama ni.. saya buat setengah adunan dpd resepi asal.. resepi terbaik yang pernah saya cuba.. sgt tidak mengecewakan.. saya suke tekturnya yg kenyal2 gitew... sedapppppp... pasti saya buat lagi.. resepi saya rujuk  Dari Dapur CT yg cun tu.. resepi asal oleh Kak Wan (Citarasawan) .. terima kasih buat ke dua2nya...
sblum mengukus ...  (1/2 adunan = 22 biji acuan lompang)

 Resepi asal di SINI..http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/01/kuih-kaswi.html
dan Dari  Dapur CT

KUIH KASWI
(Resepi Citarawan yang diubahsuai kepada 1/2 adunan sahaja)

Bahan A
1 cwn gula melaka
1/4 gula pasir
1 cwn air
1 helai daun pandan

Bahan B
1/4 cwn tepung ubi
3/4 cwn tepung gandum
1 cawan air
saya tambah 4 sudu besar kicap manis( spt madiha)
2 sudu besar air kapur

Kelapa parut + garam sbg salutan

Cara-cara
1. Masak bahan A hingga larut  dan sejukkan.
2. Satukan bahan B sehingga sebati /rata
3. Satukan bahan A & B, kacau rata dan tapis.
4. Sapukan acuan lompang sedikit minyak dan tuangkan adunan
5. Kukus anggaran 20 minit (air kukusan mendidih). Sejukkan dan salutlah dengan kelapa parut.

versi salut penuh!!