Sunday, January 16, 2011

CREAM CHEESE BUTTERCAKE

Kek tertunda.. sempena hari jadi en hb.. semalam baru ada kesempatan untuk mengadun..bila dah masak tak sempat pula nak berdeco2 .. rancangan awal nk membuat japanese cheese cake, selepas tu zebra cheese cake pulak spt di dapur kak rusnah... walaupun dah berkali2 berjaya membuat JCC tetapi pengalaman membuat JCC yang bantat baru2 ini ...terasa fobia pula untuk membuatnya lagi.. tak tau di mana silapnya.. tpi mesti ada silapkan..

CCBC ni pun tak berkali2 saya membuatnya..boleh juga lihat di SINI sangat sedap .. pada saya lah.. resepi oleh Diana saya CP dari dapur kak ummi kuantan.. terima kasih kak ummi..
aaa.. bergaya dengan CC 2 kg...kedai ni tak jual saiz kecil.. nk buat apa lagi ni..1 1/2 kg...

Cream Cheese Butter Cake
Sumber: Diana
Bahan:- (loyang 8x8 inci)
200 gm mentega
200 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
250 gm gula kastor

5 biji telor
250 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*guna Rasberry jam)


Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder. (ayak 3 x)
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.


6 comments:

KedaiGambarKami, Kluang, Johor said...

nak request..kalo sy gi umah akak, buat kek ni tawwww...hahaha demand!

izahdaut said...

tu dia...2 kg tuu..ikiki...saya ada 250gm tu.kalau 2kg besarrr tuu.. kakk....saya taak penah lagi buat kek ni.masuk list lah.maceehh

Unknown said...

Salam kak zana, wah byknya cheese kak...jenuh nk mkn tu...btw lawa kek ni nanti boleh cuba..:)

HaSue said...

salam kak..kalo cc 1kg tu agaknya lebih murah dr beli sikit2 ek?kat sini 250g harga 11.50 gitu..huhu..
apepun..cantik jek kek tu..x deko pun xpe,yg pnting ado..hehe

dZana said...

to cat.. nk dtg kene roger2.. klau tak sekut marie n kokokrunch jer yg ado..hehehe

to izah.. mmg byk 2 kg tu izah.. tak da cis pening ada cis pun pening.. tak tau nk buat ape..

to nieza.. mmg jenuh nieza nk mghbiskan .. trgaru2 jugak kepala ni nk mgayakan cis 2 kg tu..

to hasue.. dulu 2 kg rm 47 la ni dah 49.. mmg berbaloi ..lemak2 pun ikut menimbun.. berbaloi2 tul sue..

AngahSayang2314 said...

sedap apa pun angah 4llow dulu yerrrr lepas tue leh tryyyyy hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin