Saturday, January 8, 2011

Oreo Cheese Cup Cake

Dah habis...sangat sedap n mudah saja menyediakannya... bila banyak berjalan2 ke blog kawan2 .. semangat nak mencuba n memasak akan membara.. walaupun penat tak terkata... resepi asal oleh Citarasawan dan saya copy dari blog Chikadakbiru .. TQ kak wan n chikadakbiru.. dah .. saya nak ke sekolah utk LDP 1/Peofesionlisme 1 hari ini...

Oreo Cheese Cup Cake
sumber : Resepi Citarasawan

Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - CB buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum (CB tambah)

Cara-cara

Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
(utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy).. bakar kali pertama dgn suhu 180C)cheese cake ni menjadi agak kering n kekuningan )..
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, Cb letak di 4 bahagian.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan



base oreo..
dah letak adunan cheese n tutup dgn kepingan oreo.. sblm di bakar

13 comments:

Mr. Mama said...

singgah nak ambik oreo cheese 1.....

Nora Shahaira said...

nora tak mkn oreo..tp leh try..ank n abhnya gile cheese n oreo

tp, nak cari cream cheese plak..huhu

Nieza said...

salam kak zana, menarikla...terliur lak nk mkn ni tapi kalau buat sure mkn byk ni...jamu mata jer lah...hehe

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye kak zana..gabungan rase oreo ngan cheese...wallaaa

Naz said...

Kak Zana, dah meleleh dah air liur ni..Bila nak buat ni!!!!!!

Nora Shahaira said...

kak zana - biasalah tu pasal kita da biasa sgt guna plastik kan..dulu nora pun terkena..tp nasib baik 2 je..muat dlm handbag..

HaSue said...

salam kak..akak sihat ke?mesti bz je dah bukak sekolah ni kan..hehe
apa2pun kreatip laa resepi nih..nampak best..kena masuk list nih.ntah bila nak buatnya.hehe..berapa bijik kejadiannya kak?

dZana said...

to mr mama.. silakan2 jgn malu2 eh..

to nora.. akk pun tak suke gak.. tpi bila dah buat jadi suke pulak..

to nieza.. hihihi.. mkn sikit2 nieza.. 1 hr 1 biji..

to mimiey.. mmg bestt..cepat2 buat eh

to naz.. tunggu stok aiskrim abih la.. hahaha

to nora.. susah jgk dah mbudayakan yg baik kan nora.. ambik masa..

to hasue.. akk buat sedang2 jer tu hasue.. guna 2 bungkus oreo.. so rasanya dpt hampir 20 biji ..

Yatie said...

Salam KZana,
Nmpk menariklah oreo cheese cup cake ni...nak cuba gak satu hari nnti..terliur je tngk...cute betullah..

openid said...

Salam Kak Zana,
Suka betul akak dengan oreo cheese cake ek.buat muffin cam ni pun nmpak bes :)
ijan

izahdaut said...

waah...kak zana..ni mmg bertambh2 sedap lahhhhhh..fuuhh

Ayu said...

salam cikgu,
sungguhlah cantik dan menggoda betul orea chese cup ni!!!!..
memang nampak pun dah tahu sedap ni..

nur easy said...

salam.. singgah jalan2 tgk resepi n dah cuba pun. sedapp ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin