Sunday, January 30, 2011

RAISIN ROLL BUN

Sarapan di pagi Ahad.. resepi CP dari dapur Izah Muffin Lover.. bila terbaca ayat2 gramatik cik izah tu memang terus terasa nak buat ARB.. hihihi.. malangnya bila dah sampai masa.. malas pulak nk memarut apple.. so belasah jer lah apa yang ada di dapur ... maka jadi lah raisin roll bun.. anak2 memang mengomen.. syamira nak makan roti gulung sosej, aimman nak mkn piza.. lasty ibu buat bun untuk melayan selera ibu dulu.. hihihi.. anak2 ambik giliran nanti.. tq che mat gebu kerana berkongsi rspi.. juga Izah yer..


APPLE ROLL BUN
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN DOH ROTI :

250 gram tepung roti
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
125 ml air
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pecahkan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
20 gram mentega
6 gram instant yeast (mauripan)

BAHAN TABUR :

2 camca besar mentega, dicairkan... saya tak cairkan .. sapu jer..
3 camca besar gula perang
2 biji epal hijau, dikupas dan parut kasar, perah sedikit airnya.. saya guna raisin..
1/2 camca teh serbuk kayu manis (optional)

CARA MEMBUATNYA :

1.UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2.UNTUK APPLE ROLL BUN:- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis(jika guna) tadi rata2. Akhir sekali ratakan parutan epal hijau. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
3.Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba.



5 comments:

izahdaut said...

ala kak zana tak sama cam menggigit apple masam masam tu..hehehhee..apa pun roti dia pun gebuu kannn

Nora Shahaira said...

suka sangat meroti-roti ni..tapi tgn tak kuat menguli...sengal sampai ke bahu. kesan retak eksiden dulu..huhu..kekadang ului jugak pasal nak sangat..malam kang tak boleh tidu sengal sungguh..

soleh sihat kak..alhamdulillah..makin ligat..

Mas said...

akak pun dah buat....jeles2..he..he...
epal mas tak beli2 lgi ni...gi beli epal dulu...

Unknown said...

wah dh sampai ke dapur akak dah bun ni baru semlm nengok kat dapur izah...bila lak nk sampai ke dapur saya ni..hehe btw nampak gebus la bun tu kak..:)

Yatie said...

Salam K.Zana,
Sesekali layan selera kita dulu apa salahnya kan....Yatie pun kdng2 mcm tu juga...roti akak tu mmng gebulah...kalau anak bongsu Yatie nmpk ni, maunya di korek2 kismis tuuuu....dia suka kismis...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin