Saturday, January 15, 2011

TIRAMISU

Macam ganas pulak .... perasan hari ini ialah rasa nak masak semua makanan yg dah di 'list'kan dalam kepala.. siapa lah yg jadi mangsa agaknya.. hihihi.. ini ialah hasil pecah dapur noorsa petang semalam .. tiramisu versi gelas n mangkuk kaca.. menggunakan biskut marie perasa coklat.. untuk versi gelas, setiap lapisan saya masukkan 2 kpg biskut marie..rasanya lainkali klau letak 3 kpg pun tak ape..saya guna coklat rice sahaja utk hiasan.. resepi saya CP dari Noorsa.. dan saya ikut step yang noorsa berikan.. resepi asal umi_e di MYR. terimakasih mama dhira n darwish, umi_e dan MYR...
RESEPI TIRAMISU
Resipi Asal : umi_e, Myresipi

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek - guna biskut mery
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  • Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


Untuk yang guna biskut merie bagi menggantikan kek, boleh ikut cara dibawah.

1. Patahkan biskut dan celupkan 2 keping biskut kedalam air nescafe.kalau size biskut sama besar ngan dasar bekas, tak perlulah patahkan..
2. susun ke dasar gelas. gunakan sudu k... pastuh masukkan adunan cream cheese.
3. celup 2 keping biskut lagi ke dalam air nescafe dan susun molek² atas dasar cream cheese tu..ulang sampai penuh gelas @ bekas tu.. pastu leh ikut cara no 9 & 10 diatas )

4 comments:

CatlinaFly said...

nak...nak..nakk..NAKKKKKK!!

Mas said...

sedappnya...mas suka makan..tapi tak reti buat..he..he...

openid said...

Auwwwwww.... sedapppp nye tiramisu kak Zana!!! kite sekarang nak berdiet dgn Faiz. tak boleh baking sangat. hehehheh :D
Ijan

nba-Nur said...

Salam... Alahai Kak Dzana, meleleh air liur tengok tiramisu ni.. Nak sikit... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin