Monday, January 17, 2011

TALAM CENDOL

Suka tengok berjenis2 kuih talam yang dibuat oleh yatie dan kawan2 blogger yang lain... teringin nak membuatnya.. tapi di rumah ni anak2 memang tak berapa suka makan kuih-muih jenis talam.. maka bila buat tentulah menjadi rezeki kwn2 di bilik guru hari ini.. saya membuat talam cendol malam tadi... resepi oleh chef asma yang saya CP dari blog Jurnal resepi bdaria.. terima kasih chef asma n bdaria kerana berkongsi resepi talam cendol yang sangat sedap.. saya minta izin CP resepi di sini untuk rujukan saya pada masa depan..

TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma
Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam
Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

4 comments:

Nieza said...

Salam kak zana, wah menarik dan tertarik nengok talam cendol akak ni....rasa mcm nk ngap jer...hehe sedap ni...dulu pernah buat tapi tak se cun mcm ni nanti kena cuba resepi ni la pula..:)

anymz said...

pernah buat talam ni suatu masa dulu tapi setiap kali bila kawan2 buat pasti akak tergoda jugak..rasa nak buat lagi lah rasanya.

Mas said...

arrrgghh..talam cendol..nmpk sangat sedapppp...

izahdaut said...

huii ni satu lagi..cantikkk je potongan talam nyer tu kak..dah lama tul nak try buat talam cendol ni...brapa kali dah kot masuk list..hehee...nak skittt

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin