Friday, January 14, 2011

Tauhu Berinti(Stuffed Tofu)

Makan2 petang tadi.. resepi hasil selongkar dapur kak ummi kuantan.. guna tauhu biasa sahaja.. macam kata kak ummi .. memang sukar nak 'handle' bila guna tauhu jenis ini.. saya pula memang tak pernah terjumpa tauhu kuning tu.. untuk cerita lanjut bolehlah jenguk2 di dapur kak ummi yer..minta izin kak ummi nak copy paste rspi di sini.. terima kasih kak ummi

TAUHU BERINTI (STUFFED TOFU)
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 keping tauhu jenis kuning
  • 1/2 biji bawang besar - didadu halus
  • 6 - 8 ekor udang sederhana besar - kerat kecil2
  • 1 biji cili merah - cincang halus
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 2 biji telor - dipukul sikit
  • minyak untuk goreng terendam
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu separuh masak atau sedikit kekuningan. Angkat dan toskan, biar sejuk sikit.
  2. Kerat tauhu kepada 2 bahagian dan keluarkan isi dalamnya dengan sudu.
  3. Lecek2 halus isi tauhu tadi dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali minyak dan telor.
  4. Setelah sebati, sumbatkan ke dalam tauhu tadi, buat hingga siap.
  5. Celup tauhu ke dalam telor dan gorengkan hingga kekuningan kesemua bahagian tauhu.
  6. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos pilihan
makan dgn sambal kicap jer.. klau dapat dapat buat sos utk tauhu sumbat tentu lagi sedap..

3 comments:

Ayu said...

salam cikgu,
tauhu berinti sedapnya...kita suka tauhu masak macam mana pun tak kira..
kecur nya tengok...!!

Nieza said...

wah rajinnya cikgu msk...btw nampak menarik la kak saya lum pernah buat lagi ni..tapi tauhu kat sini x brapa best mcm kat sana.

my name said...

salam cikgu.
lepas sy tgk blog cikgu trus rse nk masak.hihi..
teruskn berkongsi resipi ye..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin