Saturday, January 22, 2011

Kek Kukus Velvet Prune (versi bakar)

Hasil kerja dapur Khamis lepas sebenarnya... tergoda dengan tayangan di dapur doc Inahar yang membakar kek kukus velvet kak fida ni.. dah banyak kali membuat kek kukus ni.. cuma kali ni membuat kelainan dengan membakarnya.. minta maaf lah kerana lapis2 kek ni agak serabai.. sy mmg hilang sabo bila melapis2 ni.. ini jer yang termampu..klau nak melihat yang cantik bolehlah ke dapur Doc Inahar ya..
Kek Kukus Velvet Hawflakes
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus ( 200 gm.)
220 g tepung gandum* ( guna tepung naik sendiri)
1 sk rata baking powder* (tak letak)
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak ( butter 125 gm dicairkan)
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (hijau)
secukup hawflakes (guna raisins)

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

5.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

(Nota : Lapisan pertama saya bakar 10 minit /kekuningan (175C) api atas n bawah, lapisan kedua 10 minit/kekuningan menggunakan api atas, lapisan akhir saya mggunakan api atas n bawah anggaran 15 minit )

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..
Cantik tak cantik pun, janji masuk mulut sodappppp....

Tapi..emmm cam bagus juga buat versi bakar ni yaaaa

fmina08 said...

nak sket!

Nora Shahaira said...

ala..sakit mata la kak..kalo tau umah akak nk g nuntut rasanya...

Unknown said...

kak zana, cun la kek ni...sedap ni dh pernah buat dh dulu...tapi nanti nk buat lagi:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin