Saturday, January 29, 2011

KUIH KETAYAP

Kisah semalammm....

Kuih Ketayap

(Sumber :SELERA RASA)

Bahan kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 sb gula pasir
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara menyediakan:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan

9 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zana..Amboiii berpakat kita yaaa...

Wahhh, kaler inti ketayap kat sini lagi ngancam...

Mas said...

suka kuih ketayap...sedappnya..

izahdaut said...

sedapnya nampak kuih kak zana ni..nampak lembuttt je kulitnya tu..shanteek

Deliah's Deli said...

assalamualaikum kak..cantik betul warna hijau ketayap ni...bt betul2 kecur mnengok :))

~Norul Mas Hana ~ said...

dah lama tak mkn kuih ni...bestnyer =)

HaSue said...

akakkkk...lama dah tak mkn kuih ni kak aihh...tp selalu beli laa dr buat sendiri..ekeke..banglong suke sgt kuih ni..kalo kat sarawak kan kak,inti onde2 guna inti kuih ketayap/lenggang ni ler..jom dtg swk mkn kuih melaka sini..hihih

Nieza said...

kak zana, sungguh menarik nengok colour kuih akak ni...cantik dan sedap...kalau dapat rasa lagi sedap ni..hehe

MulutPayau said...

sedapnya kuih ketayap ni...lama dah tak buat...slalu beli jer...

Sari Yusa Ibrahim said...

saya panggil kuih dadar, tak pnah buat tapi suka makan... hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin