Sunday, January 2, 2011

Kek Span Pandan

Salam... jom buat kek yang sedap n mudah ini..TQ MYR n tuan punya resepi sweet4ever...


Kek Span Pandan

Sumber :MYRESEPI

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

· tepong super fine - 150 gram

· gula kastor - 150 gram

· telor - 5 biji telor A

· ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar

· air daun pandan - 80ML

· minyak / mentega cair -80ML

· pes pandan - 5ML/ 1sudu teh

· serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh

· sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

6 comments:

izahdaut said...

kakzana..lama tul dah tak buat kek span..lapor kek ni pulak lah..aduyaii..setengah loyang kompom saya leh habiskan..

Subhie Arun said...

laparnya tgk keke...ini baru pertama kali singgah sini....lapar i tgk semua...


glad to become ur next follower
happi new yr

www.subhieskitchen.blogspot.com

Nieza said...

salam kak zana,
sedapnya nengok kek ni kak...colour pun menarik...ni yg buat terpanggil nk buat ni...:)

Nora Shahaira said...

kak..hari tu nora pun ada buat..pakai loyang lubang mcm tu la..kalo guna loyang biasa okay tak gebunya pasal nanti nak try deco kek tu

MeknaBlog said...

Mmg sedap kek nih...saya penah cuba..best

CoklatKu & MurahOnline said...

kak long sygg..huhuhu..teringat2 kek niee..btkn lah lagik anto ciniee...huhuhu (acu ni onbehalf org ngidam)kihkihkih ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin