Sunday, January 16, 2011

ROTI GULUNG SOSEJ

Sarapan hari ini.. inspirasi dari hasue.. teruja bila melihat cheese yg sedang 'melting' di n3 nya semalam.. malam2 mgulung roti untuk projek sarapan hari ini.. 2 hari dlm seminggu jer dapat peluang memasak bagai.. itu pun kalau rajin.. hihihi.. kalau malas menyerang... nescafe n biskut pun dah ok.. resepi saya CP dari dapur Hasue.. kwn2 blogger yg lain pun rasanya ramai yg dah mencuba.. resepi asal oleh ustazah Azie ada di MYR ... terima kasih Azie dan hasue...

Roti Gulung Sosej
Sumber :Aziemas@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan( saya letak 1/2 kpg slice cheese..)
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas.
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

nasi goreng bodo pun ada...
versi belum potong... mmg sedap...


4 comments:

Nora Shahaira said...

uish...nora memg excited produk2 cenggini..3 gulung sorg pun ok..ooopppss!!hehe

suke tgok akak masak..nora blum boleh capai tahap gitu, masak kek bum berkejar2..huhu

Anonymous said...

salam..


singgah folloe ur blog.

***ROTI GULUNG SOSEJ ..sedap tu,

Mas said...

sedapnya....nnti mas pun nak try wat la...

HaSue said...

salam kak..wahh2..ingat nak tengok sosej td..skali terliur skali tgk nasi goreng nih..hihi..best kn letak slice cheese,yg tu laku dulu.hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin