Wednesday, February 18, 2009

Creamcheese Buttercake

Sepanjang minggu ini sebenarnya agak sibuk dengan sukan kecil dan kejohanan olahraga di sekolah(19 fEB 2009) ... tapi tetap ku mencuri masa untuk mencuba kek yang telah mencuri hatiku untuk diuji .. Hasilnya:...Kek ini memang gebus, lembut yang paling penting ialah sedapppp... meminjam kata kak ummi ''lembut dengan campuran creamcheese dan butter dan sedap dengan rasa jem pilihan yang diletakkan sebelum dibakar. Jem akan mendap masuk ke dalam kek menjadikannya betul2 best dan ia juga tidak terlalu manis!!...'' Resepi sumbangan Babybatriesyia (FRD) kak ummi ambil dari blog Diana.. dan saya CP dari dapur kak ummi..Thanks for sharing..

Bahan:- (loyang 8x8 inci)
200 gm mentega
200 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
250 gm gula kastor

5 biji telor
250 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*guna Rasberry jam)


Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder. (ayak 3 x)
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.

5 comments:

BabyAlden&Mama said...

uhh.. ni yg tak tahan ni.. kak dz
aduhh.. sy nak kumpul rm ler tahun ni.. nak beli oven.. hikhikhikk..nt sy nak salin jg resepi ni buat masa ni untuk tatapan :p

p/s good morning teacher!

hana said...

wowww! nmpk best ar kek nih! gebu semacam! leh ngetest nih!

kakyong said...

Sedapnyaaaa nmpk kek tu. Lg sdp kalau dpt mkn free kan? hehe... Hepi 17th anvsry ye Zana. (maaf kalau trslp thn yg ke brp). Smga Zana bhgia dunia akhirat.

dZana said...

mama alden..
cepat2 buat saving.. pas ni boleh baking2.. akak pun tgah saving..nak beli..hehehe..biarlah rahsia..

hana
hehehe..selamat mgetest.. jgn sempai ngencessss...

kakyong
cap X mmg sedap kakyong..hehehe.. TQ kakyong..sama2 lah kita..

masz_73 said...

waaa... mcm dah terbau2 jer kat sini kek tu.. nak try arr petang ni..

Ohya!..luppo laks. hepi belated anniversary kak Z... semoga bahgia kehujung nyawa..aminnnn

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin