Monday, February 2, 2009

Chocolate Oat Crisp



Projek petang Ahad.. rspi dr koleksi Diana.. mudah menyediakannya n mmg crispy...

Sumber : Koleksi resipi oats/ Maklang
Bahan-bahannya
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sudu kecil serbuk penaik }
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis }
¼ sudu kecil garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
2. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
3. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

2 comments:

cIk pEnNa said...

harus dicuba nih kak..
;)

dZana said...

bila nak cuba tuh.. anak dara kene belajar msk...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin