Sunday, February 1, 2009

Soto Ayam

Dah lama tak buat soto..slalu mkn yg biasa2 jer kat warong.. bila tgok didpur Azie..smkin bersemangat nak membuatnyer..bila buat sndiri mmg over2.. ayam lebih, begedel lebih, bwg goreng lebihhhh...Soto ni berbeza dgn yg selalu mkn n buat.. rSpi oleh DianaA di MYR.. mmg sedappp..TQ DianaA berkongsi rspi yg enak ni.. rspi copypaste dr MYR tempat untuk berkongsi resepi..

Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup


Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah *
20 biji lada padi merah thai*
2 ulas bawang putih*
1/2 cawan kicap lemak manis*

*blender..

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat


Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

3 comments:

KakChik said...

sedapnya... hari ni tak sempat makan tgh sb ada tetamu dari usm penang, makan kuih lebihan jamuan ajelah.

telan air liur tgk soto kak zana ni.

hana said...

cedapnyer cedapnyerrrrrrrrr!! ada org tawakkal nih kang wat nasik impit! hahahaha...

dZana said...

KakChik..kira ok lah tu kak chik..tak mmbzir..ptg ni boleh msk2..

hana
Cian adik akak ni.. sedey.. klau tak boleh..nnti akak usahakan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin