Tuesday, February 3, 2009

Banana Banana Bread

Terjumpa resepi kek ni di Koleksi Resepi Diana... tajuk nye Banana Banana Bread.. kenapa ada 2 kali banana tu.. msti sedappp.. rspi lengkap dengan stepnye sekali .. mmg mudah menyediakannye tuan puan..syaratnyer mesti ada pisang masak ranum .. hehehe..bagi pengemar pisang mcm saya ni.. mmg beri 5* untuk rspi ni..hr ni tinggal pic saja.. ptg ni nak beli pisang lagik... TQ Diana..

Sumber: Allrecipes.com
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking soda1/4 sudu teh garam
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula perang
2 telur, dipukul sedikit
2 1/3 cawan pisang, dilenyek

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'C. Sapukan mentega dan salutkan dengan tepung loyang loaf berukuran 9 x 5 inci.
2. Dalam mangkuk yang besar campurkan tepung gandum, baking soda dan garam.
3. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Kemudian masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Masukkan adunan pisang yang telah disediakan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul sekadar ia sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang. (D taburkan permukaannya dengan oats). Bakar selama 60 - 65 minit sehingga lidi penguji keluar bersih. Biarkan ia sejuk selama 10 minit, kemdian boleh diterbalikkan diatas redai.

6 comments:

KakChik said...

Sedapnya banana banana bread tu. Sib baik skrg dah lepas makan, perut dah kenyang, kalau tak asyik telan air liur je.
Senang nampaknya resepinya. KakChik ingat nak cuba buat lah.
Pakai pisang apa-apa pun boleh ke kak zana?

hana said...

woww! macam best jerkkkk!

anawahid said...

kak naaaa.. antar umah la kek tuhhh...

cIk pEnNa said...

shedapppp..
nak try..
tp takot x menjadi aje la..
huhu

dZana said...

kakChik
akak buat lagik hr ni tau..hehehe tak puas mkn smlm.. akak guna pisang berangan..nak tunggu kakchik buat nih..

hana
ala2 kuih bakar..terasa kepisangannyer..kihkihkih..

dZana said...

anawahid
tukar pavlova tu yer...

cik penna

kene try..InsyaAllah jadi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin