Wednesday, February 11, 2009

Classic Waffles

Rspi dari koleksi Diana.. selongkar lagi dpur D nampknyer.. TQ D.. sedappp mkn ketika panas..lepas ni tak yah lagi sibuk2 nak beli waffles... anak2 ku makanlah puas2.. hehehe..

Allrecipes.com - Classic Waffles
Bahan-bahannya
2 cawang tepung serbaguna
1 sudu teh garam
1sudu teh baking powder
2 sudu besar gula pasir ( ...letak 5 sudu)
2 biji telur
1 ½ cawan susu suam
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan gula. Ketepikan. Panaskan alat membuat waffle kepada suhu yang anda inginkan.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur. Masukkan susu, mentega dan vanilla dan gaul rata. Tuangkan cecair ini kedalam mangkuk yang mengandungi tepung. Pukul rata sehingga bahan-bahan sebati.
3. Sendukkan adunan keatas alat membuat waffle. Masak waffle sehingga ia kekuningan. Hidangkan panas.

6 comments:

KakChik said...

salam kak zana.

nak buat waffle kena ada sarang dia kan? nak kena beli ni, sebab selalu sangat dok beli waffle yg kat s/market tu.
seronoklah anak-anak dapat makan waffle buatan sendiri.

dZana said...

betul tu kakchik..kos sarang tu tak leh brp mahal beno rm59.90 jerk.. n rasa nyer klau rajin memang berbaloi..anak2 pun suka.. bawa bekal gi skool lagi..

CatlinaFly said...

wah murah je sarang waffles ek?ingatkan ratus2...hehehehe...kak zana..sy suke sgt waffles...suke kalau peanut butter cmpur cokelet cedap nye..ish..ni yg rasa nak beli sarang dia nih!!!

~ Lady ell ~ said...

kak,kalau buat cam pancake pn leh gak..tp tk de rupa ler...

anawahid said...

kak na acuan waffle tuh beli kat ne???.. hehe

dZana said...

Catlina
klau dah ada bila2 klau rasa nak mkn trus jer boleh buat.. nnti cat dah abis pantang..bolehlah smbg baking membaking ni ek..

Lady ell
boleh gak.. akak masa tak acu..buat pancke jer.. bgus nak menambah selera anak2.. rasa sama, rupa jer berbeza..

Anawahid

akak beli di tesco JB..tmpt lain lum jumpa lagik..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin