Sunday, February 15, 2009

Easy Pasta Bake

Dah lama teringin nak mkn pasta bake ni..kali pertama terpandang di dapur si Hana Jepon tu.. lepas tu ramai ler kengkwn cyber yg mencuba .. la ni semuanyer dah tak teringin lagik kot .. hehehe..so di pagi mggu yg aman ni ku ambil kesempatan utk bersilat didapur memsk pasta ni.. menggunakan rspi mutiarazura di MYR.. TQ tuan punya rspi atas rspi yang enak ini...ubah sikit utk disesuaikan dgn tekak jawaku ini..

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket macaroni)
300 gram ayam cincang
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus

4 sb lada kisar
4 sb sos cili
1 tin sedang tomato puri - (...guna sos spagegheti Prego)
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 batang celery – didadu


Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa


Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam


Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan lada kisar. Kacau rata hingga lada msk. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging masak.
3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4. Masukkan sos spagetti Prego dan sos cili. Biar mendidih dan naik bau.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
6. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.

7. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.


Cara melapis :

1. Dalam bekas tahan panas,mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
2. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
3. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.


Jom makan....

4 comments:

CikMin said...

ermmmm...nyamannyer tgk pasta ni...klu cikmin makan kan...ntah bape pusingan la nak kena lari....hihihi...

dZana said...

cikmin dpt tgok jerk.. tapi jamah sikit boleh kot..mmmm...pas tu smbg diet ek..

cIk pEnNa said...

waaaaaa...sy nak try la!
hohohoh
;)

kakchik said...

sedapnya... rasa macam nak tiru je buat hujung minggu ni. bahan2 macam ada je kat dapur tu.
isyk, menggoda sungguh.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin