Tuesday, February 10, 2009

Puding Karemel

Puding Karemel lagik.. sejuk jerk bila lalu kat tekak... hehehe..masih menggunakan rspi Alia di MYR mudah n yummy..yummy.. rspi cpypaste n ubah suai sikit jer..TQ Alia

Bahan-bahan
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
4 biji telur
2-3 titik esen vanila

[ Karamel]
5 sudu besar gula2 sudu besar air

Cara-cara
1. karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

1 comment:

LilySara (WanIntan) said...

Salam Kenal juga salam singgah...Intan berkenan sgt dgn puding Karemel nih...nak ambik resepi leh tak...nampak cantik jer you wat...thanks

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin