Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. mengemaskini blog dengan menu biasa sahaja tapi dioleh dengan mengunakan idea kreatif cikgu norlida... cucur bilis yg membuatkan kita berkerumun meriah di bilik guru di pagi hari... penggal ke 2 yg sangat sibuk n hujung minggu yg berisi dgn pelbagai program menyebabkan masa agak terbatas mengadap laptop n bersiar2 di blog kwn2.. diharap kwn2 blogger tidak berkecil hati..
Jom mencuba Cucur ikan bilis yang tetap lembut walaupun dah sejuk!..
CUCUR @CEKODOK BILIS AIR PANAS
Bahan2
3 cawan tepung gandum*
segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)*
daun sup/bawang (hiris)*
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
minyak untuk menggoreng
Cara2
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
14 comments:
Salam kak zana.. tun pun terkejar2 update ngan BW nih.. huhu.. comey jer bulat2 cekodok akak tu.
Comel je cekodok ni.. Seronok bila makan ramai2 dengan rakan2 sejawat. Before puasa nanti, rakan2 buat potluck.. :)
Autie zana.... Liana nak cekodok molat2 tu.... mana lah auntie zana ni lama menyepi tak ingat kat Liana dah....
Assalamualaikum KZana,
alahai comel2 je jemput2 ni, geram je tngk..tq berkongsi resepi, nnti leh cuba ni...
salam cikgu dzana..fuiyoo gebussnye jemput2 ikan bilis tu..bolehla try resipi guna air panas ni lak..tqvm!
Salam kak..smga ka sklrga sihat ndaknya...maz skrang jrang buat bw..xckup msa...hri2 pnuh dgn aktvti...huhuu..sdpp npak cucuq kak tu..maz plih cucur ni lgi dri pankek...
Salam k.Zana.sypun suka cucur bilis gini....kembang bulat..enak buat minum ptg sekeluarga.
re; betul tu k.Zana, hilang penat bila anak2 seronok...
Selamat petang Dzana,
terasa lama tak kunjung ke mari...
Comelnya cucur bilis tu, elok je bulatnya...sedap makan ramai-ramai sambil menikmati minuman panas di waktu petang!
Salam kenal.
Comey cekodok ni,bulat2.Tq berkongsi resepi.
As'kum Kak.. waduhh ini yang terbaik.. sedap ni lembut dan cecah dengan sos cili boleh telan macam tu jerk sebab lembut hehehe
Salam Kak Zana..suka sgt tgk cekodok comey2 gitu..klu yana bt slalu xjd bulat hehheee..nmpk sedap lah..nnt nk cuba jgk sblm ramadhan menjelma ^_^
nyumnyumnyummm..walllaaa mmg bes cekodok kan kak...cicah sambal kicap..terangkaatt :),,hehehe
owhh rupernyer kene bolat2kan dulu cekodok nih... lompat dr dapur kakyatie tadi. dapnyerr..leh wat num ptg ni
petang ni nak buatlah kak....sedapnyeee!!!!
Post a Comment