Thursday, January 27, 2011

TALAM KELADI

Talam keladi versi capuk2.. saya memang suka makan keladi.. baik digoreng, direbus, dipengat atau ditalam.. yang saya tak suke ialah warna purple kuih talam ni.. huuu.. menyebabkan sekali pandang memang tidak berselera.. bila buat kuih talam memang nak kene rajin.. rajin menjengok n mengelap tutup kukus.. supaya air kurang menitis di atas talam.. bila saya malas .. maka jadilah talam ni begini.. selepas saya keringkn permukaan talam dengan kitchen towel.. esok dapatlah kawan2 di bilik guru merasa talam keladi saya yang lemak2 manis ni..
Resepi asal dari dapur Citarasawan.. dibawah ni ialah resepi yang telah saya ubahsuai.. resepi asal boleh lihat di SINI..

TALAM KELADI
Lapisan Bawah :
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
550 ml air
70 gm gula kaster
200gm Keladi .. saya rebus jer..

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali keladi , gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2. Saya masak adunan ini sehingga naik wap. kemudian masukkan keladi dan tuangkan ke dalam loyang Kukus selama 25 minit. Angkat

Bahagian Atas
100 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
3 biji telur
600 ml santan pekat
200 gm gula
pewarna makanan purple
esen keladi

Cara-Cara
1. Masukkan kesemua bahan diatas dan kacau diatas api hingga naik wap.
2 Tuangkan adunan purple tadi dan kukus semula dengan api sederhana perlahan
selama 30 minit.
ini lebihan keladi rebus.. sementara menunggu talam masak.. saya makan dengan kelapa bergula.. hujan2 ni mmg sedap makan macam ni..

5 comments:

Ayu said...

Assalam cikgu, talam keladi pun kita suka..cantik talam cikgu nii!!

Unknown said...

kak zana, cun ler talam keladi akak ni..nieza dh pernah buat tapi tak se cun mcm ni...mai nk tukar ngan kek lapis ni...hehe

indahhouse said...

Salam kak zana,
Talam kak zana ni cantiknya... tentu sedap. Dah lama tak makan talam keladi. :))

Sue @ Nenie said...

Salam...Ermmm..lama juga tak buat talam keladi..Rgk kat sini buat ngencess pula

Ummi said...

Salam Zana, waah cuti lama ni jalan2 ke mana...hehe...sedapnya talam keladi..rasa nk buat la pulak aiii..hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin