Thursday, January 1, 2009

Simple Pizza

Request syamira pulak.. guna stok yg ada dalam esbox..inspirasi drp mat gebu n ubahsuai ikut apa yang ada .. TQ mat.. n rspi asal boleh dapat di sini

BAHAN DOH :
500 g tepung roti( guna tepung gandum...)
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN SOS:
1 biji bwg besar ,potong dadu
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji tomato, potong dadu
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
sedikit serbuk lada
sedikit piza seasoning
(tumis bwg putih, bwg merah hingga layu masuk yg lain2, kacau sebati hingga masak n tutup api)

BAHAN ISIAN :
2 biji tomato , hiris nipis
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji green capsicum
Keju Mozarella secukupnya

CARA DOH :
1. Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh.

UNTUK PIZZA :
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat.
2. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella.
3. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan.

1 comment:

kakchik said...

ala sedapnya.... yum yum. nampak sedap sangat pizza k.zana. kakchik takde breadmaker, huhuhu. kenalah uli sendiri ya.
hari ni nak buat pizza untuk anak2 sedara.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin